Connect with us

Mobile Legends

#SukanSEA2019: Soloz bakal beraksi hari ini?

Published

on

Sebelum ini Soloz berada di bahagian simpanan bagi membantu jurulatih Mohd Amirul Aiman Mohammad Kamal (Laphel) untuk melakukan analisis. - Foto arkib

MANILA – Pemain profesional tanah air, Mohd Faris Zakaria (Soloz) dikatakan mungkin akan bermain sebagai pemain utama menentang pasukan tuan rumah pada peringkat final kelompok bawahan Temasya Sukan SEA Manila 2019 pada petang nanti.

Dalam satu catatan Facebook Story rakan sepasukannya, Izme Haqeem Hamsjid (Kaizer) ada menulis: “Akhirnya sub (simpanan) lembut hati untuk main esok.

“Saksikan kemunculan MAS.Zakaria esok.”

Kapsyen tersebut disertakan dengan sebuah gambar Soloz sedang bermain Mobile Legends.

What’s The Meta sedang mendapatkan pengesahan mengenai perkara ini.

Sebelum ini Soloz berada di bahagian simpanan bagi membantu jurulatih Mohd Amirul Aiman Mohammad Kamal (Laphel) untuk melakukan analisis.

Barisan utama pemain Mobile Legends Malaysia terdiri daripada: 

  • Ahmad Ali Huzaifi Abdullah (Leixia)
  • Abdul Wandi Abdul Kadir (Logan)
  • Izme Haqeem Hamsjid (Kaizer)
  • Muhammad Hazeem Onn (Scott)
  • Jamil Nurolla (Zaraki)


Bagi meneruskan misi mendapatkan emas bagi acara ini, Malaysia perlu menewaskan pasukan Filipina dalam perlawanan Terbaik dalam 3 esok.

Jika menang, Malaysia akan bertemu dengan Indonesia pada final.

Pertembungan antara Malaysia dan Filipina dijadualkan pada 1.30 petang nanti, sementara final akan berlangsung pada jam 7 petang di Filoil Flying V Centre, Manila Filipina.

Sukan SEA 2019 kali ini memperkenalkan 6 acara e-sukan termasuk Mobile Legends dan menjadikan Razer, sebagai rakan e-sukan rasmi kejohanan itu.

Acara e-sukan Sukan SEA 2019 telah bermula sejak 5 Disember dan akan berakhir pada 10 Disember nanti.


Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved