Connect with us

SUKAN SEA 2019

Hari pertama acara e-sukan Sukan SEA 2019 catat hampir 2 juta tontonan

Published

on

Orang ramai juga boleh menonton acara e-sukan Sukan SEA 2019 secara langsung di San Juan Centre in Manila, Filipina. Kemasukan adalah percuma - Foto Razer

HONG KONG – Acara e-sukan Sukan SEA 2019 yang telah membuka tirainya secara rasmi pada semalam mencatatkan hampir 2 juta tontonan menerusi platform penstriman langsung.

Menurut rakan rasmi e-sukan Sukan SEA 2019, Razer, pada hari pertama acara e-sukan itu juga tontonan kemuncak sebanyak 70,000 penonton telah dicatatkan.

“Berikutan banyak permintaan yang sangat menggalakkan dari peminat Asia Tenggara, acara e-sukan telah disiar secara langsung menerusi Facebook, YouTube dan Twitch.

“Selain mendapat pengiktirafan dari Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), permintaan tinggi e-sukan dalam rantau ini adalah jelas menerusi tontonan penstriman langsung,” kata Razer dalam satu kenyataan.

BACA: #SukanSEA2019: Jadual perlawanan e-sukan 5-10 Disember

Selain itu, Razer turut menganggarkan sebanyak 100 juta tontonan bakal dicatatkan sehingga acara perasmian penutupan nanti.

Acara e-sukan yang berlangsung di San Juan Centre in Manila, Filipina akan berakhir pada 10 Disember ini.

Sebanyak enam acara e-sukan dipertandingkan iaitu, Mobile Legends : Bang Bang, Arena of Valor, Tekken 7, Hearthstone, Dota 2 dan Starcraft II.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved