Connect with us

Mobile Legends

#SukanSEA2019: Pertembungan epik Harimau Malaya, Garuda jam 4.30 petang

Published

on

Pasukan Indonesia terdiri dari gabungan pasukan EVOS Legends, iaitu juara dunia M1 baru-baru ini dan juga juara Piala Asia Tenggara, Onic Esports. - Foto Mobile Legends

SKUAD Harimau Malaya bagi acara e-sukan Mobile Legends : Bang Bang (Mobile Legends) bakal bertemu dengan negara jiran yang merupakan juara dunia, Indonesia pada jam 4.30 petang ini.

Kedua-dua pasukan itu akan bertemu dalam pusingan kelompok utama Temasya Sukan SEA 2019, Manila Filipina.

Pasukan Malaysia yang merupakan pemenang kumpulan A, mengutip 8 mata secara keseluruhan.

Mereka menang 2-0 melawan pasukan Kemboja dan Myanmar, dan seri 1-1 ketika bertemu Vietnam dan Singapura.

Sementara itu pasukan Indonesia yang berada dalam kumpulan B mengutip 7 mata secara keseluruhan dalam format Terbaik dalam 2 semalam.

Kedua-dua pasukan itu akan bersaing di Filoil Flying V Centre, Manila, Filipina pada petang nanti dalam format Terbaik dalam 3.

Pemenang pusingan itu dijangka akan ke final dan bakal bertarung untuk pingat emas pada Ahad nanti.

Bagi pasukan Malaysia, barisan utama terdiri daripada:

  • Ahmad Ali Huzaifi Abdullah (Leixia)
  • Abdul Wandi Abdul Kadir (Logan)
  • Izme Haqeem Hamsjid (Kaizer)
  • Muhammad Hazeem Onn (Scott)
  • Jamil Nurolla (Zaraki)

Sementara itu, Mohd Faris Zakaria (Soloz) akan berada di barisan pemain simpanan bagi membantu jurulatih Mohd Amirul Aiman Mohammad Kamal (Laphel) untuk melakukan analisis perlawanan.

Manakala bagi pasukan Indonesia terdiri dari gabungan pasukan EVOS Legends, iaitu juara dunia M1 baru-baru ini dan juga juara Piala Asia Tenggara, Onic Esports. Mereka adalah:

  • Eko Julianto (Oura)
  • Teguh Iman Firdaus (Pyschoo)
  • Muhammad Ridwan (Wann)
  • Gustian (Rekt)
  • Yurino (Donkey)
  • Adriand Larsen Wong (Drian)

Perlawanan boleh ditonton melalui penstriman langsung Facebook : Mobile Legends.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved