Connect with us

SUKAN SEA 2019

#SukanSEA2019: Malaysia bakal mara ke Grand Final bagi acara Hearthstone

Published

on

Foto Jia Jun Yee

MANILA – Pemain e-sukan Malaysia, Yew Weng Kean (Wkyew) berjaya mara ke Grand Final Acara E-Sukan Hearthstone Sukan SEA 2019, Manila, Filipina.

Wkyew yang pada mulanya jatuh ke kelompok bawahan selepas tewas 2-3 kepada pemain Singapura, bangkit pada perlawanan-perlawanan yang berikutnya selepas menang 3-0 ke atas pemain Thailand dan 3-2 ke atas pemain Vietnam.

Wkyew kemudiannya berjumpa sekali lagi dengan pemain Singapura, Khaius pada final kelompok bawahan dan berjaya menebuskan kekalahan sebelum ini dengan meraih mata 3-1.

Berikutan kemenangan itu, Wkyew dijangka akan bertemu dengan pemain Thailand, Disdai pada final, 9 Disember nanti.

Sukan SEA 2019 mencatat sejarah tersendiri apabila memperkenalkan 6 acara e-sukan pada tahun ini.

Selain Hearthstone, acara lain yang dipertandingkan termasuk Dota 2, Mobile Legends : Bang Bang, Starcraft II, Arena of Valor dan Tekken 7.

Pada hari pertama acara e-sukan yang dipertandingkan semalam turut mencatatkan hampir 2 juta tontonan menerusi platform penstriman langsung.

Acara e-sukan itu menyaksikan jenama teknologi dan barangan komputer terkemuka, Razer, menjadi rakan rasmi e-sukan Sukan SEA 2019.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved