SUKAN SEA 2019
#SukanSEA2019: Skuad Mobile Legends Malaysia dijangka ke kelompok Atas, pingat dalam genggaman
PASUKAN Mobile Legends : Bang Bang (Mobile Legends) Malaysia dijangka akan mara ke pusingan kelompok atas (Upper Bracket) dalam Temasya Sukan SEA 2019 Manila, Filipina esok.
Pasukan Malaysia ketika ini berada di kedudukan paling atas dalam saringan kumpulan A apabila berjaya mengumpul 8 mata secara keseluruhan.
Mereka dijangka akan bertarung di peringkat kelopok atas pada jam 5 petang esok di Filoil Flying V Centre, Manila Filipina.
Barisan utama pasukan Mobile Legends Malaysia terdiri daripada:
- Ahmad Ali Huzaifi Abdullah (Leixia)
- Abdul Wandi Abdul Kadir (Logan)
- Izme Haqeem Hamsjid (Kaizer)
- Muhammad Hazeem Onn (Scott)
- Jamil Nurolla (Zaraki)
Sementara itu, Mohd Faris Zakaria (Soloz) akan berada di barisan pemain simpanan bagi membantu jurulatih Mohd Amirul Aiman Mohammad Kamal (Laphel) untuk melakukan analisis perlawanan.
