Connect with us

Mobile Legends

#SukanSEA2019 : Skuad Mobile Legends Malaysia seri 1-1 lawan Vietnam

Published

on

Foto Facebook / Mobile Legends

PASUKAN Mobile Legends : Bang Bang (Mobile Legends) Malaysia, seri 1-1 menentang pasukan Vietnam seketika tadi.

Dalam pusingan pertama perlawanan peringkat Kumpulan A, kedua-dua pasukan mendapat 1 markah berikutan seri dalam format perlawanan Terbaik dalam Dua.

Pada pusingan pertama, skuad Harimau Malaya bermain dengan sangat baik sehingga dapat menewaskan musuh kurang dari 10 minit.

Pada pusingan kedua, kombo penggunaan Valir (Abdul Wandi Abdul Kadir) dan Chang’e (Ahmad Ali Huzaifi Abdullah) dilihat kurang membuahkan hasil apabila penggunaan hero Lolita dari pasukan pihak lawan mampu menangkis pada setiap serangan terulung Meteor Shower.

Selepas ini Malaysia akan bertemu dengan skuad Kemboja, Myanmar dan Singapura.

Barisan utama pasukan Mobile Legends Malaysia terdiri daripada

  • Ahmad Ali Huzaifi Abdullah (Leixia)
  • Abdul Wandi Abdul Kadir (Logan)
  • Izme Haqeem Hamsjid (Kaizer)
  • Muhammad Hazeem Onn (Scott)
  • Jamil Nurolla (Zaraki)

Sementara itu, Mohd Faris Zakaria (Soloz) akan berada di barisan pemain simpanan bagi membantu jurulatih Mohd Amirul Aiman Mohammad Kamal (Laphel) untuk melakukan analisis perlawanan.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved