Connect with us

SUKAN SEA 2019

#SukanSEA2019: PhilSGOC jamin Razer kebajikan atlet e-sukan akan terjaga

Published

on

Razer turut mengadakan satu seri latihan bootcamp profesional sebelum Sukan SEA bermula.

Jawatankuasa Penganjuran Sukan SEA Filipina (PhilSGOC) memberi jaminan kepada Razer selaku rakan e-sukan rasmi bahawa kebajikan atlet akan terjaga.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Razer, Min-Liang Tan berkata mereka juga dimaklumkan lokasi pertandingan iaitu di Filoil Flying V Centre Manila, akan dilengkapi rapi dengan kelengkapan yang bersesuai dengan penganjuran pertandingan e-sukan.

“Kami mendapat jaminan dari PhilSGOC bahawa kebajukan atlet akan jadi keutamaan dan atlet-atlet e-sukan akan diberi persekitaran yang optimum untuk beraksi pada tahap terbaik.

“Atlet-atlet e-sukan ini bukan sahaja berjuang demi negara mereka, tapi mereka juga untuk e-sukan itu sendiri.

“Kehadiran mereka dalam Sukan SEA akan menggalakkan lagi kehadiran bakat-bakat baru dalam melakukan kelainan mengenai perkara yang impikan,” kata Tan dalam satu kenyataan.

Dalam tempoh lebih sedekad, Razer sentiasa dalam misi untuk promosi e-sukan di peringkat global dan menjadi salah satu jenama yang melabur dan menaja pasukan e-sukan dan kejohanan.

Razer sebelum ini menubuhkan Team Razer, satu pasukan elit e-sukan yang bertanding di peringkat profesional dalam kejohanan e-sukan di seluruh dunia.

Antara pasukan Team Razer termasuk Evil Geniuses, mousesports dan Team Alliance.

Selaku rakan e-sukan rasmi Sukan SEA 2019, Razer telah melancarkan kempen satu tahun mengumpul sokongan dari seluruh rantau.

Pertemuan beberapa kali yang diketuai Min-Liang Tan bersama PhilSGOC dan Jawatankuasa Olimpik Filipina (POC) telah membuahkan hasil dalam menjadikan e-sukan menjadi sebahagian dari temasya sukan dwi-tahunan itu.

Sementara itu, Razer juga akan memastikan atlet-atlet e-sukan bersaing dengan peralatan e-sukan berprestasi tinggi.

Produk terbaharu Razer, Razer Viper, iaitu satu tetikus gaming ringan dengan suis optik direka untuk pemain profesional, akan menjadi tetikus gaming rasmi untuk sukan Sukan SEA 2019 kali ini.

Razer turut mengadakan satu seri latihan bootcamp profesional sebelum Sukan SEA bermula.

Pada September lalu, Razer mengadakan sesi Bootcamp E-Sukan Sukan Sea pertama di Singapura bagi pasukan Dota 2 yang bertanding.

Atlet-atlet dari Singapura, Indonesia, Thailand dan Filipina mendapat latihan terus dari pemain Evi Geniuses, Sam ‘Bulba’ Sosale.

Pada awal November, bootcamp kedua dijalankan bagi kategori Tekken 7, yang disertai atlet-atlet dari Indonesia, Malaysia, Filipina dan Thailan.

Mereka mendapat latihan dari salah satu pemain Tekken terbaik dunia, Kim “JDCR” Hyunjin.

Acara Pembukaan Sukan SEA 2019 akan berlangsung di Filoil Flying V Centre in Manila pada 5 Disember nanti.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved