Connect with us

SUKAN SEA 2019

#SUKANSEA2019: Atlet negara mampu tepis tanggapan negatif mengenai e-sukan – Syed Saddiq

Published

on

SYED SADDIQ: Apabila mereka membawa bendera Malaysia, mereka merupakan atlet negara, wira dan wirawati negara yang perlu dihormati dan dibantu sebaik yang mungkin. - Foto What's The Meta / MARIAH AHMAD

KUALA LUMPUR – Atlet-atlet e-sukan negara yang bakal ke Temasya Sukan SEA 2019 di Manila, Filipina dilihat mampu menapis tanggapan negatif orang ramai mengenai penglibatan mereka dalam sukan siber itu.

Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, atlet-atlet e-sukan perlu dihormati dan dibantu sebaik mungkin.

“Penglibatan mereka dalam Sukan SEA merupakan satu langkah ke hadapan untuk mereka menepis persepsi negatif mengenai atlet-atlet e-sukan di Malaysia.

“Apabila mereka membawa bendera Malaysia, mereka merupakan atlet negara, wira dan wirawati negara yang perlu dihormati dan dibantu sebaik yang mungkin,” kata Syed Saddiq.

Beliau berkata demkian kepada media selepas menghadiri Majlis Penyerahan Jalur Gemilang Level Up KL kepada Atlet-Atlet E-Sukan Negara ke Temasya Sukan SEA 2019 di Manila, Filipina di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, KLCC pada hari ini.

Turut hadir bersama adalah Presiden Pesatuan E-Sukan Malaysia (ESM) Datuk Ananth S Nathan dan Timbalan Presidennya, Afiq Fadhli Narawi.

Syed Saddiq juga berkata, beliau turut berterima kasih kepada Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dalam usaha untuk membantu mengembangkan industri e-sukan terutama dalam membawa Sony Interactive Entertainment Worldwide Studios (SIE WWS) untuk membuka studio pertama di Asia Tenggara di Malaysia.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved