Connect with us

Wild Rift

Riot Games lancar fasa Closed Beta League of Legends: Wild Rift

Published

on

PEMBANGUN dan penerbit League of Legends: Wild Rift, Riot Games hari ini mengumumkan permainan itu sedang memasuki fasa beta tertutup bermula hari ini.

Permainan mudah alih itu kini membuka fasa percubaan untuk pengguna Android untuk beberapa negara Asia Tenggara terpilih.

“Pihak Wild Rift berharap dapat menerima maklum balas bagaimana untuk memperbaiki permainan tersebut sebelum dilancarkan sepenuhnya di samping membangunkan ciri-ciri permainan yang lebih baik, membaiki pepijat (bug) dan mementingkan kualiti permainan,” jelas Riot Games dalam satu kenyataan hari ini.

Fasa tertutup Wild Rift akan bermula di Indonesia pada hari ini dan akan diadakan di Filipina, Malaysia, Thailand serta Singapura pada minggu ini.

LIHAT: GAMEPLAY 6 CHAMPIONS WILD RIFT

Pemain-pemain yang telah pra-mendaftar Wild Rift di Google Play Store akan dipilih secara rawak untuk mendapat akses bermain bersama beberapa personaliti e-sukan, media dan VIP.

Fasa beta tertutup League of Legends: Wild Rift mengandungi beberapa kandungan tambahan dari fasa percubaan alpha yang dilakukan pada awal tahun ini.

6 hero dari dunia Runeterra akan menyertai Wild Rift iaitu; Amumu, Dr. Mundo, Jarvan IV, Sona, Singed, and Varus.

Dr. Mundo
Varus
Amumu
Sona
Jarvan IV
Singed

Lebih 300 barangan komestik dalam permainan yang boleh dibeli menggunakan mata wang Wild Rift iaitu Wild Cores termasuk kulit hero, emotes, emblems dan recalls.

Sistem Ranking: Wild Rift memperkenalkan sistem peringkat ranking yang baharu iaitu Emerald. Sistem ini menawarkan corak permainaan yang menarik dan kompetitif bagi pemain untuk mencapai tangga paling atas ranking.

Bagi pengguna iOS, boleh mendaftar di laman web Wild Rift bagi mendapatkan peluang untuk bermain di peranti itu dalam fasa Beta Tertutup itu.

Bagi anda yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Wild Rift, boley layari wildrift.leagueoflegends.com dan http://www.facebook.com/PlayWildRift.

Riot Games ditubuhkan pada 2006 dan telah melancarkan permainan yang menjadi salah satu e-sukan tumpuan dunia ketika ini iaitu League of Legends.

Selain itu, Riot juga melancarkan telah melancarkan permainan Teamfight Tactics, Legends of Runeterra, VALORANT dan League of Legends: Wild Rift.

Diasaskan Bradon Beck dan Marc Merrill, Riot Games yang berpangkalan di Los Angeles, California mempunyai 20 pejabat di serata dunia.

Pengasas, pengarang dan penerbit What's The Meta.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved