Connect with us

Mobile Legends

Recap Analisis: Landak kuning ajar harimau putih mengiau 3-0

Published

on

Foto: ONIC Esports

Pusingan Pertama

PERLAWANAN penentuan siapa raja explaner (experience lane) yang sebenar antara Butsss dan Antimage! Itulah gambaran perlawanan pertama ONIC Esports menentang EVOS Legends yang berlangsung di peringkat playoff MPL Indonesia Musim Kelapan (MPL ID S8) semalam!

Kondisi kemenangan bagi EVOS Legends ialah apabila Yve yang dimainkan oleh Wannn dapat memerangkap pemain-pemain ONIC Esports menggunakan Real World Manipulation diikuti dive-in dari Lapu-Lapu, Karina dan Aldous.

Manakala kondisi kemenangan bagi ONIC Esports pula adalah jika Kaja yang dimainkan oleh Kiboy dapat menculik Yve menggunakan Divine Judgement diikuti kesan musnah berterusan kepada pemain barisan hadapan mahupun barisan belakang EVOS Legends yang dibekalkan oleh Balmond, Natan dan juga Lunox.

Dalam kedudukan yang selesa, kesilapan mula dilakukan Ferxiic yang menggunakan Karina pada minit ke-16 apabila dia cuba mencuri purple buff dari ONIC Esports secara tidak langsung mendedahkan kedudukan Yve yang berada tidak jauh darinya membenarkan Kiboy terus menculik Yve dan peluang ini digunakan Butsss dan Drian untuk meratakan pasukan EVOS Legends.

Keadaan ini tidak melemahkan semangat EVOS Legends. Selepas menghancurkan tiga pemain ONIC Esports, EVOS Legends melakukan cubaan untuk menghancurkan kristal ONIC Esports.

Walaupun hanya tinggal Butss yang menggunakan Balmond dan juga CW yang menggunakan Natan untuk mempertahankan kristal, tindakan bijak Butsss menahan minion di bahagian luar dan berjaya keluar dari pertempuran tanpa mengorbankan diri mematahkan cubaan EVOS Legends untuk menutup permainan.

Dengan ketiadaan Lapu-Lapu yang dijatuhkan sebaik sahaja pemain-pemain ONIC Esports hidup kembali, ONIC Esports berjaya mencapai kemenangan dengan menyerang kristal tanpa menghiraukan pemain-pemain EVOS Legends.

Pusingan Kedua

Perlawanan kedua berlangsung dengan ONIC Esports mencorakkan draft yang tidak jauh beza dari EVOS Legends. Walaupun Wannn menunjukkan keputusan yang cemerlang bermain sebagai Claude di bahagian midlaner, ONIC Esports tidak gentar dan mengambil Natan untuk mencabar pemain itu.

Marksman bertemu marksman di midlane, mage bertemu mage di goldlane.

Kemenangan besar buat ONIC Esports pada fasa pengambilan turtle yang kedua apabila Antimage membuat kesilapan pertama dengan penggunaan spell Flicker tanpa sebab dan diikuti kesilapan Ferxiic cuba melawan empat pemain ONIC Esports tanpa ketiadaan dua pemain pasukan sendiri.

Wannn juga dilihat tidak menjaga posisi dalam perlawanan kali ini apabila beberapa kali dijatuhkan oleh Sanz yang menggunakan Lancelot apabila berseorangan.

ONIC Esports juga dapat meratakan pemain-pemain EVOS Legends sebanyak dua kali sebelum Antimage berjaya memerangkap ONIC Esports di kawasan lord membenarkan EVOS Legends berjaya memperolehi lord.

Dalam keadaan genting, Sanz cuba memancing pemain EVOS Legends untuk pulang mempertahankan kristal dengan menolak minion di laluan bawah Land of Dawn.

Ferxiic terpaksa pulang dan ini memaksa pemain EVOS Legends untuk menyerang tanpa kuasa perang yang mencukupi.

Tertangkapnya tiga pemain EVOS Legends menerusi skill Furious Dive oleh Yu Zhong yang dimainkan oleh Butsss, ONIC Esports terus menjatuhkan mereka tanpa membazirkan peluang yang tercipta.

Sekelip mata ONIC Esports sekali lagi menutup permainan tanpa ragu-ragu.

Pusingan Ketiga

Menemui jalan buntu setelah kalah kedua-dua perlawanan, EVOS Legends menukar barisan pemain mereka untuk perlawanan ketiga dengan mengeluarkan pemain goldlaner, Clover dan membawa masuk Luminaire.

Rekt yang bermain sebagai roamer sepanjang playoff ini menggantikan Clover di goldlane.

Terlalu agresif dalam fasa awal permainan dan juga beberapa kesilapan pada posisi pemain EVOS Legends di serata Land of Dawn, ia memberikan kelebihan ekonomi secara percuma kepada ONIC Esports. Namun peluang ini tidak digunakan ONIC Esports sebaiknya.

Tanpa tekanan berat yang sepatutnya diberikan kepada EVOS Legends, pasukan itu berjaya memperoleh lord pada minit ke-15 disamping menyamakan jumlah ekonomi.

Percubaan menyerang kubu pertahanan ONIC Esports tidak membuahkan hasil apabila Sang Landak itu menangkis mudah serangan tersebut.

Terlalu selesa dengan keadaan, Wannn yang menggunakan Lylia dan Ferxiic yang menggunakan Karina tidak meleraikan diri dari peperangan apabila kekurangan HP sebaliknya terpancing oleh cubaan serangan ONIC Esports.

Tertangkapnya Lylia oleh Lapu-Lapu yang dimainkan oleh Butsss, satu demi satu pemain EVOS Legends diratakan ONIC Esports membenarkan mereka untuk terus menamatkan perlawanan.

Kemenangan bersih 3-0 kedua pada malam tadi oleh pasukan yang mendominasi musim liga MPL Indonesia Musim Ke-8.

Dua pasukan terkuat akan bertemu hari ini antara RRQ Hoshi dan Onic Esports, manakala Alter Ego dan EVOS Legends akan menentang satu sama lain untuk merebut tempat ke final lower bracket.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved