Connect with us

Mobile Legends

Recap Alter Ego vs EVOS Legends Playoffs Hari Ketiga

Published

on

Foto: YouTube / MPL Indonesia

SENGIT! Pertandingan kalah mati di antara Alter Ego dan EVOS Legends setelah dijatuhkan ke lower bracket oleh pesaing-pesaing handal mereka.

Pusingan 1: Seriouslah, Rekt main support?

Tidak jelas mengapa Rekt yang dilihat sering bermain menggunakan hero-hero support sebagai roamer mengambil keputusan untuk menggunakan Jawhead dalam perlawanan yang pertama, kerana jelas terpancar keadaan EVOS Legends yang kelihatan kurang kemas dan kurang selesa.

Gagal pada cubaan menyerang hendap bahagian jungle Alter Ego, EVOS Legends terus menerus diasak pihak lawan.

Kemasukan Rasy menggantikan Leomurphy di bahagian roamer Alter Ego,  banyak membantu rakan pasukan untuk bertahan lama dalam peperangan dengan penggunaan hero Mathilda.

Ahmad juga dibawa masuk oleh Alter Ego bagi menggantikan posisi Nino di goldlane.

Kesilapan mengatur posisi pemain EVOS Legends juga menunjukkan berlaku salah atau kurang komunikasi antara mereka.

Cubaan akhir EVOS Legends mempertahankan kristal gagal setelah Antimage yang menggunakan Paquito menyerang dari bahagian belakang pemain Alter Ego ditundukkan berikutan pemain Alter Ego menjaga rapi Yve yang dimainkan Udil.

Pusingan 2: Harimau putih baru nak gilap taring

EVOS Legends mula menunjukkan taringnya pada perlawanan kedua menerusi draft yang membenarkan mereka keluar masuk kawasan pertempuran dengan mudah seperti Rafaela, Karina, Harith, Natan dan Lapu-Lapu memandangkan draft musuh mereka, Alter Ego terdiri dari hero-hero yang menumpukan pertempuran seperti Paquito, X.Borg, Luo Yi, Popol & Kupa dan juga Baxia.

Mempunyai kondisi kemenangan yang lebih sukar, Alter Ego tidak dapat bertindak agresif menyebabkan jumlah ekonomi mereka tidak setinggi EVOS Legends.

Walaupun Alter Ego cuba menghalang EVOS Legends dari mengambil lord pada minit ke-20, ternyata gaya pertempuran EVOS Legends mudah menjatuhkan hampir kesemua pemain Alter Ego sekaligus menamatkan perlawanan.

Pusingan 3: Taring harimau putih makin tajam, meratah semua turret Alter Ego dalam masa 11 minit

Pada perlawanan ketiga,  Alter Ego juga membawa draft yang tidak jauh beza untuk mengadaptasikan corak permainan EVOS Legends.

Namun momentum EVOS Legends sukar dihentikan apabila mereka berjaya meratakan hampir kesemua turret milik Alter Ego seawal 11 minit.

Tersilap percaturan, Celiboy yang menggunakan Paquito dijatuhkan selepas cuba mencabar tiga pemain EVOS Legends secara berseorangan jauh dari rakan sepasukan sedangkan Alice yang digunakan oleh Pai dan Claude yang digunakan oleh Ahmad sudah mencapai power spike yang diperlukan bagi saat-saat genting pertempuran.

Peluang ini tidak disia-siakan EVOS Legends lantas menumpaskan Alter Ego dalam sekelip mata.

Pusingan 4: EVOS keluarkan 4 hero mage, Udil terkedu, tapi Alter Ego bangkit
Setelah kalah sebanyak dua kali,  Alter Ego mengembalikan Nino barisan pemain utama untuk perlawanan keempat.

Di pihak EVOS Legends, mereka telah mengeluarkan 4 hero mage yang dapat digunakan Udil daripada permainan. Keputusan EVOS Legends seperti membuahkan hasil pada mulanya apabila Udil kelihatan tidak selesa menggunakan Lylia.

Ditambah posisi yang tidak kemas ditunjukkan Udil dan Rasy, usaha Celiboy dan Nino yang sudah memperoleh beberapa mata kill justeru berjaya memberikan tekanan pada awal permainan seolah-olah tidak memberikan impak besar terhadap EVOS Legends.

Kesilapan Clover yang menggunakan Esmeralda mula ditunjukkan pada minit ke-23 apabila dia memandang rendah kerosakan daripada Benedetta yang dimainkan oleh Nino.

Sebaik sahaja Esmeralda dijatuhkan, satu per satu pemain EVOS Legends dijatuhkan sehinggalah Alter Ego berjaya mendapatkan sasaran penting iaitu Wannn yang menggunakan Cyclops. Perlawanan tamat dengan kejayaan Alter Ego menyamakan kedudukan seri dua sama.

Pusingan 5:Tindakan gopoh bawa padah

Seperti yang  dijangka, perlawanan penentuan ini akan menjadi satu perlawanan yang sengit.

EVOS Legends mengunci dua hero marksman sebagai hero utama mereka disamping pengambilan Yu Zhong untuk menidakkan peluang Alter Ego menggunakan hero ini.

Memberi peluang Alter Ego untuk bernafas setelah 3 pemain mereka tertumpas, Nino berjaya mencuri lord dari tangan EVOS Legends pada minit ke-10. Peluang bagi Alter Ego juga kelihatan lebih cerah apabila Celiboy yang menggunakan Lancelot menjatuhkan kedua-dua hero utama daripada  EVOS Legends.

Langit tidak selalu cerah, setelah berhasil mendapatkan lord pada minit ke-22 Celiboy kelihatan gopoh apabila cuba menyerang Yve yang sedang menggunakan Real World Manipulation sebaik sahaja lord masuk ke kawasan kubu pertahanan EVOS Legends.

Pengorbanan yang sia-sia, pemain Alter Ego juga tumpas tidak lama kemudian membenarkan EVOS Legends mengunci kemenangan sekaligus menghantar mereka pulang dari playoff.

Menggunakan kesemua lima-lima perlawanan, pertarungan antara Alter Ego dan EVOS Legends menunjukkan betapa mereka mencuba sedaya upaya untuk menempah tempat ke Grand Final!

EVOS Legends terus mara ke pusingan seterusnya bakal menentang RRQ Hoshi ataupun ONIC Esports di final lower bracket.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved