Connect with us

Mobile Legends

Recap: RRQ Hoshi vs ONIC Esports Playoff MPL Indonesia Hari Ketiga

Published

on

Foto: Team RRQ

PERLAWANAN peringkat final upper bracket yang melibatkan dua pasukan terkuat MPL Indonesia Musim Kelapan (MPL ID S8) 2021, RRQ Hoshi dan ONIC Esports semestinya membawa persaingan yang sangat hebat berikutan habuan slot ke Kejohanan Dunia Mobile Legends (M3)!

Pusingan 1: ONIC pilih agresif sejak awal permainan, tapi Alberttt tenangkan keadaan

Menggunakan draft yang sangat agresif dan berpotensi mencari mangsa pada fasa awal permainan, ONIC Esports jelas mendominasi Land of Dawn dalam 10 minit yang pertama.

CW yang menggunakan Popol dan Kupa dan menerima bantuan Mathilda dimainkan oleh Kiboy, membuli Esmeralda kepunyaan Xinnn di bahagian goldlane.

Setiap cubaan RRQ Hoshi dalam mencari mangsa dan menjatuhkan turret kebanyakannya tidak menjadi sehingga mengakibatkan mereka ketinggalan dari segi ekonomi.

Pemilikan tiga hero late game seperti Esmeralda, Lunox dan Yi Sun Shin, menyebabkan power spike RRQ Hoshi masih belum mencapai potensi penuh dalam tempoh ini.

Namun segalanya berubah apabila ONIC Esports mara ke kubu pertahanan RRQ Hoshi setelah mendapatkan lord.

RRQ Hoshi dengan berhati-hati mematahkan serangan menggunakan kelebihan highground mereka untuk menjatuhkan tiga pemain ONIC Esports secara mengejut.

Berjaya merapatkan jumlah ekonomi, pemain pasukan RRQ Hoshi kini lebih bersedia sepenuhnya untuk menghadapi ONIC Esports.

Lord cuba diperolehi oleh kedua-dua pasukan namun nasib menyebelahi RRQ Hoshi.

Selepas tumpasnya seorang pemain daripada setiap pasukan, ONIC Esports cuba menangkap hero Esmeralda yang sedang menganggu Popol & Kupa.

Situasi itu mencetuskan pertempuran antara kedua-dua pasukan dan pemain RRQ Hoshi,  Alberttt mula menunjukkan belang menggunakan Yi Sun Shin sehingga meratakan pasukan ONIC Esports sekaligus menamatkan perlawanan.

Pusingan 2:Serangan jarak jauh ONIC menjadi, RRQ Hoshi gagal dive-in

Pada perlawanan seterusnya, ONIC masih mengekalkan corak draft yang sama tetapi namun mengubah sedikit cara perlaksanaan hero.

Berbeza dengan Popol & Kupa pada perlawanan sebelumnya, Bruno diambil bagi memastikan potensi pada late game tidak berkurangan.

Kali ini, bersama Bruno dan Chang’e, kerosakan dapat diberikan pada jarak jauh dalam masa yang sama tidak membenarkan RRQ Hoshi mendekatkan jarak untuk menjatuhkan pemain barisan belakang.

Kehadiran Paquito dan Ruby yang sentiasa memberi tekanan kepada barisan hadapan RRQ Hoshi.

Komposisi dive-in yang dibawa RRQ Hoshi ternyata tidak mampu melakukan apa-apa sekaligus memberikan kemenangan seawal 12 minit kepada ONIC Esports.

Pusingan 3: Raja tak makan pancing landak

Mencari jawapan baru, RRQ Hoshi akhirnya mengambil Clint untuk dimainkan Xinnn pada bahagian goldlane dalam perlawanan ketiga.

Pada fasa awal permainan, jumlah ekonomi dan mata kill tidak jauh berbeza buat kedua-dua pasukan.

Detik hangat dimulakan oleh ONIC Esports apabila mereka cuba memancing pemain RRQ Hoshi di kawasan lord pada minit ke-10 kerana mereka telah menjatuhkan R7 yang menggunakan Esmeralda.

Sanz yang menggunakan Balmond meletakkan diri di tempat yang sedikit kekok, mencabar Alberttt sebaik sahaja beliau muncul.

Melihat Vynnn yang kekurangan nyawa, kesemua pemain ONIC Esports merapatkan diri dalam cubaan menjatuhkan pemain ini.

Albertt bertindak bijak dengan menggunakan Electo Final Blow untuk lari dari segerombolan musuhnya. Sejurus itu, Clayy yang menggunakan Yve terus mengaktifkan Real World Manipulation, memerangkap lima pemain ONIC Esports tersebut.

R7 yang sudah pun menghampiri kawasan pertempuran terus menggunakan Falling Star Moon bagi menambah lagi kerosakan ke atas pemain ONIC Esports.

Xinnn dengan mudah menghabiskan beberapa pemain ONIC Esports yang sudah nyawa-nyawa ikan.

RRQ Hoshi mengambil kesempatan ini untuk terus menjatuhkan turret di lorong tengah. Sekali lagi Sanz tertangkap oleh pemain RRQ Hoshi.

Tidak lama selepas itu, RRQ Hoshi menggunakan peluang ini untuk mendapatkan lord dan menjatuhkan satu demi satu pemain ONIC Esports yang tidak sempat melarikan diri.

RRQ Hoshi menamatkan perlawanan dengan sekali lagi meletakkan diri mereka di kedudukan yang selesa.

Pusingan 4: Apa motif dua retribution spell?

Melakukan perkara aneh pada perlawanan seterusnya, ONIC Esports membawa dua retribution spell dalam permainan. Satu dipegang oleh Balmond CW dan satu lagi dipegang oleh Fanny Sanz.

Idea yang mungkin menarik sebagai cubaan untuk meratakan jungle creep di Land of Dawn dan mungkin berpotensi mengganggu Alberttt.

Walau bagaimanapun, RRQ Hoshi tidak membenarkan hal ini dilakukan dengan sewenang-wenangnya.

RRQ Hoshi bertindak untuk merusuh ke bahagian jungle ONIC Esports secara beramai- ramai terutama apabila pasukan itu memiliki Phoveus yang berkemampuan untuk melawan Fanny dan juga Brody untuk mengunci pergerakan Fanny.

Tindakan RRQ Hoshi ternyata memberikan impak kepada strategi terakhir yang dibawa ONIC Esports menyebabkan ekonomi mereka jauh ketinggalan.

ONIC Esports terpaksa akur kerana tersilap percaturan sehingga menerima kekalahan mudah dengan RRQ Hoshi.

RRQ Hoshi berjaya menempah tiket pertama M3 dan berjaya menebus kembali kekalahan awal mereka pada musim yang lalu. 

Sang Raja itu kini menanti pesaingnya di Grand Final MPL Indonesia yang dijangka akan berlangsung 8 malam esok.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved