Connect with us

Mobile Legends

MPLI: Ulasan 5 Fighter See Yoo Soon dan kenapa Todak kalah

Published

on

Foto: YouTube, ONE Esports

WALAUPUN pertama kali bersaing berada di peringkat antarabangsa, pasukan Kemboja, See You Soon, menunjukkan mereka mampu memberi saingan sengit dengan pasukan berpengalaman dalam Kejohanan Jemputan Liga Profesional Mobile Legends (MPLI) 2021.

Kemampuan See You Soon untuk membaca corak permainan musuh seharusnya dipuji walaupun kadang kala mereka terlebih memberikan komitmen di dalam pertempuran tanpa menghiraukan posisi mereka.

Pusingan 1: Meta Lima fighter See You Soon beri kesukaran kepada Todak!

Menerusi pengambilan Hayabusa, Mathilda dan Yu Zhong, Todak menunjukkan komposisi yang agresif untuk pertempuran bahagian depan dan belakang.

Melihatkan draft Todak yang berkemampuan untuk melakukan dive in dan mencetuskan pertempuran yang berskala besar, See You Soon memilih draft yang memberatkan komposisi pertempuran bersama lima hero fighters yang mampu menangkap musuh dan bertahan di dalam pertempuran buat jangka masa yang panjang.

Dengan komposisi lima lima hero fighters ini, See You Soon kelihatan kuat setiap kali Todak cuba untuk mencetuskan pertempuran kerana mereka selalu mencuba untuk merapatkan posisi dimana kelima-lima pemain akan sentiasa hadir untuk memberi tindak balas lebih-lebih lagi dengan keberadaan Aldous.

Dapat dilihat pada minit kelima dan minit kedua belas permainan apabila  Todak kehilangan kuasa pertempuran yang besar apabila mereka kekurangan seorang pemain.

Walaupun draft Todak mempunyai hero-hero yang lebih mudah bergerak dan mampu melakukan rotation dengan pantas dan menjatuhkan kebanyakan turret milik See You Soon, tabiat mereka untuk mencetuskan dan memberikan komitmen yang penuh kepada pertempuran benar-benar memberi kesan kepada kebolehan mereka untuk mengawal Land of Dawn.

Pemilihan Lunox sebagai goldlaner buat Todak juga menjadi tidak efektif gara-gara kemampuan hero ini yang hanya dapat menyasarkan serangan kepada seorang pemain apatah lagi hampir kesemua fighter milik See You Soon sukar untuk dijatuhkan.

Kesilapan besar Todak adalah apabila mereka melakukan cubaan untuk mengambil lord pada minit ke-18 dan mereka membuat keputusan untuk berundur sebaik sahaja See You Soon memberi sedikit tekanan walhal lord tersebut sudah hampir berjaya dijatuhkan.

Jika Todak ingin memperolehi lord, mereka seharusnya cuba untuk menjatuhkannya dalam masa yang singkat itu manakala jika Todak hanya ingin memancing See You Soon untuk bertindak balas dan kemudian memaksa pertempuran, mereka tidak perlu untuk mengurangkan nyawa lord serendah itu.

Ketidakpastian dalam membuat keputusan ini yang akhirnya memakan diri pemain-pemain Todak kerana membenarkan See You Soon memperolehi lord tersebut dan posisi Moyy yang tidak mengizinkan beliau untuk membawa pasukannya keluar dari pertempuran memaksa mereka untuk terus memberi komitmen terhadap pertempuran tersebut.

Berjaya menjatuhkan kelima-lima pemain, See You Soon dengan mudah menamatkan perlawanan.

Pusingan 2: Raja Laut bersama sotong dan jerungnya mula mengganas 

Kali ini See You Soon cuba mengadaptasikan gaya permainan Todak menerusi komposisi pertempuran bahagian depan dan belakang bersama potensi untuk melakukan pick off.

Todak masih mengekalkan komposisi yang sama dengan pembaharuan draft yang lebih berkemampuan untuk berada di dalam pertempuran dengan jangka masa yang lebih lama menerusi pengambilan Bane sebagai jungler.

Kebiasaan Todak yang akan berkumpul sebelum cuba mencetuskan pertempuran dapat dibaca See You Soon pada minit keempat perlawanan dan kebolehan Paquito ditunjukkan oleh RUNN apabila dia berjaya melakukan serangan susulan mengenai Moyy dan CikuGais.

Yakin dengan kelebihan mereka, See You Soon yang cuba memberi tekanan secara berterusan akhirnya dihentikan pasukan Todak pada minit keenam apabila mereka tidak berhati-hati melakukan dive in di kawasan turret.

Terlalu banyak pertempuran yang berlaku dalam pusingan kali ini apabila kedua-dua pasukan saling berbalas kejayaan mereka untuk menumpaskan beberapa pemain pihak lawan mereka.

Akhirnya pada minit ke-18, Moon berjaya melakukan pick off terhadap Ember dan memaksa Runn untuk memberi respon yang tidak sepatutnya dilakukannya kerana Todak masih mempunyai sumber penuh untuk melakukan serangan.

See You Soon yang hanya berbaki tiga pemain tidak dapat berbuat apa-apa untuk bertahan apabila Todak membuat serangan sepenuhnya ke atas kristal.

Pusingan 3: Dapat membaca ombak gameplay, See You Soon menang mudah!

Tiada perubahan corak permainan, Todak masih memilih untuk mengekalkan komposisi yang sama berteraskan Paquito dan Natan sebagai sumber kuasa utama.

Manakala See You Soon yang semakin mahir membaca corak permainan Todak memilih untuk menukar sedikit komposisi mereka menumpukan gaya serangan susulan untuk membalas serangan penuh yang bakal dilakukan pihak lawan.

Dengan sedikit pertukaran komposisi yang dibawa See You Soon kali ini, mereka berjaya mendominasi dan memberi tekanan sepnuhnya kepada Todak.

Paquito yang memerlukan pihak lawan berkumpul untuk memberi kesan yang efektif kelihatan tidak memberi impak yang besar kerana See You Soon sentiasa memberi perhatian kepada posisi mereka.

Keberadaan Yu Zhong juga menyukarkan CikuGais untuk melakukan apa-apa serangan yang berkesan memandangkan Moyy yang berkebolehan untuk membantunya dari segi kelajuan pergerakan tidak dapat bertahan ketika berada di bahagian hadapan pertempuran.

See You Soon juga bijak menggunakan kekuatan yang ada pada mereka pada fasa awal permainan untuk menghalang pasukan Todak terutamanya CikuGais daripada terus farming dan mencapai power spike yang diperlukan.

Todak juga terlalu memaksa untuk mempertahankan turret dari serangan lord pada minit ke-10,  dan membuat kesilapan apabila membenarkan Felix untuk menangkap dan menjatuhkan ketiga-tiga pemain mereka di kawasan turret tersebut dengan bantuan Raaa dan Ember. 

Hanya berbaki dua pemain, Todak ternyata tidak mampu untuk mempertahankan kristal mereka dari dihancurkan See You Soon.

Todak seharusnya memberi tumpuan kepada penjagaan posisi mereka di dalam perlawanan dan dengan pengalaman yang mereka ada, mereka sepatutnya mampu untuk mempelbagaikan corak permainan supaya tidak mudah dibaca pihak lawan.

Pemain-pemain Kemboja seperti Runn dan Boxi seharusnya diberikan perhatian yang tinggi oleh pasukan-pasukan lain kerana Runn selaku jungler sangat agresif dan tajam dalam pergerakannya manakala Boxi pula sangat mahir menangkap musuh.

Malaysia masih mempunyai satu lagi wakil di kejohanan itu iaitu Team SMG, yang akan bertanding di peringkat suku akhir pada Jumaat nanti.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved