Connect with us

Mobile Legends

MPLI: No captain, no party untuk Team SMG tercyduk 0-2 dengan RRQ

Published

on

Foto: YouTube / One Esports

WALAUPUNG menggunakan khidmat bekas jurulatih RRQ Hoshi, James Chen, Team SMG tetap menghadapi kesukaran menentang pasukan Raja Segala Raja, terutama dengan ketiadaan pimpinan kapten pasukan mereka, Sasa.

Pusingan 1: Alberttt tenang mengganas!

Menerusi pemilihan Hayabusa yang dilepaskan dari fasa pengeluaran hero dan kemudiannya Floryn sebagai roamer, RRQ Hoshi menunjukkan satu komposisi permainan agresif dengan melakukan serangan-serangan hendap ke atas pihak lawan.

Manakala Team SMG memilih untuk menumpukan kepada komposisi teamfight  untuk memberi serangan balas dan serangan tidakan susulan.

Setelah berjaya mendominasi lorongnya menggunakan kelebihan early game Brody, Skylar melakukan rotation pantas seawal 47 saat permainan memberikan kelebihan jumlah pemain kepada pasukannya yang sedang bertarung di kawasan sungai dalam perebutan Lithowanderer sekaligus menumpaskan Wynn.

Vynnn juga menunjukkan prestasi yang sangat baik dengan penggunaan Floryn dalam memperlahankan rotasi yang cuba dilakukan Xpdea bagi melindungi rakan sepasukannya membenarkan Alberttt bebas untuk melakukan serangan kepada mana-mana sasarannya.

Ketika perebutan turtle yang pertama, keputusan Zaimsempoi untuk berada di posisi atas dan lebih memilih untuk membedil turtle tersebut membenarkan Vynnn dan Psychooo mempunyai kelebihan dari segi nyawa dan mereka bebas untuk menyerang Wynn, Xpdea dan Smooth sekaligus menumpaskan ketiga-tiga pemain Team SMG tersebut dengan bantuan serangan susulan dari R7 dan Alberttt.

Cubaan Team SMG untuk menjatuhkan Skylar pada minit keempat juga dapat dipatahkan apabila Skylar menunjukkan kemahiran mekanikal yang baik mengelak serangan dari Wynn dan kemudiannya Vynnn pula datang menyelamatkan Skylar.

Loong yang menerima serangan turret dengan banyak semasa sesi serangan dilakukan kemudiannya tumpas apabila dia tidak dapat memberi reaksi kepada gerakan pantas Skylar yang menggunakan Flicker untuk memberi serangan penamat kepadanya.

Pada minit kelima, Wynn juga kelihatan tidak bersedia apabila tersilap dalam menggunakan skil milik Lancelot untuk mengelak Ougi: Shadow Kill milik Hayabusa.

Kepantasan rotation yang dilakukan pemain RRQ Hoshi dalam mengumpul mata kill dan kawalan rapi di dalam Land of Dawn berjaya meletakkan jumlah ekonomi mereka jauh di hadapan berbanding Team SMG.

Menerusi kelebihan ini, kuasa kerosakan yang dapat dikeluarkan oleh RRQ Hoshi adalah sangat besar dan ia menjadi di luar kemampuan Team SMG untuk menahan situasi itu biarpun kelima-lima pemain masih ada untuk mempertahankan kristal.

Pusingan 2: Team SMG hadiahkan Ling Tuan Muda Alberttt!

Kali ini, Team SMG masih mengekalkan komposisi teamfight dengan lebih banyak kelebihan pada fasa early game menerusi pengambilan Paquito, Lancelot dan Mathilda.

Manakala RRQ Hoshi cuba untuk bermain dengan lebih selamat bagi mengekalkan momentum mereka menerusi pengambilan Ling dan Angela.

Tidak jelas dengan keputusan Team SMG yang melepaskan Ling kepada RRQ Hoshi, mereka tidak pula mempunyai hero yang berkemampuan menghalang gerakan-gerakan kilat yang mampu dilakukan Ling.

Ini menjadi satu kerisauan kerana pada peringkat pertengahan permainan, kombo Ling bersama Angela memberikan impak yang besar apabila mereka tidak diberikan tekanan sepenuhnya pada fasa early game.

Kelihatan seawal 4 minit permainan, Team SMG mempunyai rotation yang lebih baik berbanding pusingan pertama apabila mereka berjaya mencari 2 mata kill.

Kelebihan yang diperolehi tidak bertahan lama, terutama ketika sesi pengambilan turtle yang kedua, Team SMG melakukan kesilapan kerana terlebih memberikan komitmen dalam pertarungan apabila melihat Smooth hampir ditumpaskan.

Wynn yang membuat anggaran yang terlalu tinggi kepada kerosakan yang mampu dikeluarkan olehnya,  tumpas sehingga membenarkan RRQ Hoshi untuk menyamakan kedudukan semula.

Sudah semakin selesa, RRQ Hoshi akhirnya mula melakukan serangan pada minit keenam kerana menyedari posisi tiga pemain Team SMG yang berada jauh dari lorong bawah dan seterusnya berhasil untuk menumpaskan Xpdea, Loong dan tidak lama kemudian Zaimsempoi juga menjadi mangsa.

Loong juga melakukan kesilapan pada minit kelapan apabila dia yang sudahpun diselamatkan oleh Xpdea, masuk kembali ke dalam kawasan pertempuran menggunakan Guiding Wind dan akhirnya ditumpaskan tanpa sebab yang munasabah.

Setelah membina momentum yang diperlukan, RRQ Hoshi mula untuk meninggalkan Team SMG dari sudut ekonomi sehingga mereka mempunyai kelebihan sebanyak 10,000 mata gold pada minit ke-14.

RRQ Hoshi kemudiannya melakukan serangan pada minit ke-14 melihatkan Xpdea yang keseorangan.

Berjaya menjatuhkan Xpdea, Alberttt juga ditumpaskan selepas bergerak secara agresif untuk menjatuhkan ahli-ahli Team SMG yang lain dan disusuli pula dengan kejayaan Psychooo menjatuhkan Zaimsempoi.

Tidak mahu berundur, Wynn yang menyangka dia mampu untuk menjatuhkan Vynnn cuba menyerang dan akhirnya menerima pembalasan di atas tindak tanduknya itu.

Melihatkan Team SMG yang hanya berbaki dua pemain, RRQ Hoshi akhirnya melihat peluang keemasan dan terus maju untuk menyerang kristal milik Team SMG sekaligus menamatkan perlawanan sebaik sahaja menjatuhkan Loong dalam proses tersebut.

Team SMG kelihatan tidak bersedia untuk bersaing dengan RRQ Hoshi dan dapat dilihat beberapa kesilapan mekanikal juga dilakukan memberikan mata kill percuma kepada RRQ Hoshi.

Pemilihan draft dan keputusan semasa sesi pengeluaran dan pemilihan hero bagi pihak Team SMG juga dapat dipertikaikan apabila tiada hero counter bagi hero yang tidak sepatutnya dilepaskan kepada RRQ Hoshi.

Tidak dapat dinafikan RRQ Hoshi sangat kemas dalam melakukan rotasi dan persediaan dalam melaksanakan serangan juga dilakukan secara cekap.

Tidak lupa juga kombo maut antara Alberttt dan Vynnn yang dipersembahkan di dalam kedua-dua pusingan.

Berikutan kekalahan Team SMG itu, kesemua pasukan Malaysia terkeluar dari Kejohanan Jemputan Mobile Legends 2021.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved