Connect with us

Mobile Legends

M3: “Todak tak pernah cakap macam tu”

Published

on

Foto: WTM Today  / MARIAH AHMAD

SINGAPURA – Wakil Malaysia ke Kejohanan Dunia Mobile Legends Ketiga (M3) 2021, Todak, menafikan pihaknya bersetuju dengan satu post yang dimuatnaik di platform media sosial Liga Profesional Mobile Legends (MPL) Malaysia baru-baru ini: “Mesej kepada MPL PH: Todak wakil Malaysia dari M1-M3, di mana Bren Esports sekarang ni?”

Post berkenaan turut memaparkan dua pemain utama Todak, Muhammad Amirul Raziq (Ajiq) dan Danial Fuad (Ciku).

Pengurus Pembangunan E-Sukan Todak, Radzi Rahman Ibrahim (Ikuto) berkata pihaknya tidak bernah memberikan kenyataan sedemikian rupa kepada pasukan negara lain.

“Kami akan sentiasa kekal rendah diri, tak kisahlah bagaimana situasi kami. 

“Bak kata pepatah, ikutlah resmi padi, makin berisi makin menunduk. 

“Itulah yang saya ajarkan kepada ‘anak-anak’ (pemain) saya di Todak. 

“Kalau ada (pemain) mengatakan sebaliknya, memang saya rotan mereka,” kata Ikuto kepada WTM Today.

Sejak post itu dimuatnaik beberapa hari lalu ia dilihat telah mengundang perbalahan antara komuniti MLBB Filipina dan Malaysia.

Foto: MPL Malaysia

Walau bagaimanapun, berdasarkan pemerhatian WTM Today ketika ini, post berkenaan telah pun diturunkan daripada platform media sosial.

Todak kini berada di Singapura untuk bersaing di M3 dan akan mula  berlawan di peringkat kumpulan pada 7 Disember.

Todak yang berada dalam kumpulan B akan bertemu dengan:
Vivo Keyd (Brazil) – 3PM
Onic PH (Filipina) – 5PM Onic Esports (Indonesia) – 6PM

Sementara itu, satu lagi skuad Malaysia, Team SMG akan mula bersaing pada 9 Disember menentang:
RRQ Hoshi (Indonesia) – 2PM
RSG (Singapura) – 4PM
GX Squad (Timur Tengah) – 6PM

M3 melibatkan persaingan antara 16 pasukan Mobile Legends terbaik dunia dan menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM2.4 juta (AS$800,000) secara keseluruhan. 

Ia akan bermula 6 Disember sehingga 19 Disember nanti di Pusat Konvensyen dan Pameran Suntec, Singapura.

Peminat boleh dapatkan tiket di https://www.sistic.com.sg/events/bang1221.  atau tonton secara langsung di plaform media sosial rasmi Mobile Legends.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved