Connect with us

Mobile Legends

M3: MPL Indonesia mohon maaf dengan content yang tak profesional

Published

on

Foto: FB / MPL Indonesia

SELEPAS melakukan suntingan foto muka pemain-pemain profesional Mobile Legends dari Kemboja, See You Soon pada semalam, pihak MPL Indonesia telah memohon maaf dengan tindakan tidak profesional itu.

Dalam satu kenyataan pada malam tadi, MPL Indonesia juga berkata pihaknya memohon maaf kepada peminat Mobile Legends Indonesia berikutan tindakan mengecewakan itu.

“Kami mohon maaf dengan tindakan tidak profesional yang melibatkan kandungan sebelum ini sehingga menyebabkan ketidakpuasan hati beberapa pihak.

“Kami berpegang kepada diri kami untuk memberikan standard kandungan yang lebih tinggi. Pihak kami akan belajar dari situasi ini dan akan menjadi lebih baik.

“Kami akan lebih lebih profesional dan menghormati semua pemain pada masa akan datang,” katanya. 

See You Soon merupakan juara MPL Kemboja dan merupakan antara pesaing kejohanan dunia Mobile Legends, M3.

M3 melibatkan persaingan antara 16 pasukan Mobile Legends terbaik dunia dan menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM2.4 juta (AS$800,000) secara keseluruhan.

Ia akan bermula 6 Disember sehingga 19 Disember nanti di Pusat Konvensyen dan Pameran Suntec, Singapura.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved