Connect with us

Mobile Legends

M3: NAVI yakin MLBB boleh berkembang di Eropah

Published

on

Foto: Instagram / NAVI XAOC

SINGAPURA – Organisasi e-sukan antarabangsa, Natus Vincere (NAVI) yakin e-sukan Mobile Legends boleh terus berkembang di Eropah dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

Ketua Pegawai Operasi (COO) Natus Vincere (NAVI) Aleksey Kucherov berkata pihaknya optimis dengan perkara itu berikutan kekuatan komunikasi pihak pembangun Moonton.

“Memang memerlukan masa untuk membangunkan MLBB di Eropah, tapi ia boleh berkembang lagi pada masa akan datang.

“Komunikasi pembangun MLBB berada di tahap tinggi, terutama dalam menunjuk minat terhadap organisasi berlainan di rantau berbeza.

“NAVI melabur dalam MLBB juga adalah kerana komunikasi yang baik dengan pihak pembangun,” katanya dalam satu sidang media secara atas talian hari ini.

Pada 4 November lalu, NAVI memilih untuk meluaskan skuad e-sukannya dengan memiliki skuad Mobile Legends Rusia, Deus Vult.

Pasukan itu akan bertanding dalam kejohanan dunia, M3 mulai 6 Disember ini.

Berikut adalah barisan pemain utama skuad MLBB NAVI:

Stanislav Reshniak (SAWO) – Kapten
Kemiran Kochkarov (Sunset Lover)
Ruslan Degtev (Lil)
Andriy Martynenko (Defender)
Maxim Dudich (Nagib)
Alexandr Korystin (WarBarbie) – Jurulatih

Selain MLBB, NAVI mempunyai 16 lagi lebih skuad e-sukan yang bernaung di bawah organisasinya.

Sementara itu, Aleksey yang menyertai NAVI sebagai COO pada 21 Februari 2020 merupakan bekas pemain profesional dan penganalisis CSGO.

Beliau yang mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam e-sukan bertanggungjawab dalam menguruskan kewangan, membangunkan proses perniagaan syarikat dan banyak lagi untuk NAVI.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved