Connect with us

Mobile Legends

MPL Indonesia: Recap RRQ Hoshi vs Alter Ego, Playoff Hari Kedua

Published

on

“PANIK gak, panik lah masa gak!”

Tagline daripada Alter Ego itu ternyata tidak memberi kesan kepada RRQ Hoshi. Sang Raja itu dilihat santai sahaja memanjakan Ego 3-0 pada peringkat playoff Liga Profesional Mobile Legends Indonesia Musim Kelapan (MPL ID S8) seketika tadi.

Pusingan pertama: Alberttt tunjuk macam guna Paquito sebagai jungler

Kesangsian terhadap pemilihan Paquito di bahagian jungle yang ditunjukkan Bigetron Alpha dan Aura Fire akhirnya dijawab Alberttt dari RRQ Hoshi selepas menunjukkan prestasi yang cemerlang menggunakan hero itu dalam pusingan pertama menentang Alter Ego.

Kegopohan Alter Ego mengambil Natalia pada fasa awal pemilihan hero juga mengundang kekalahan apabila Hylos dan juga Aldous diambil oleh RRQ Hoshi memandangkan hard counter pick hero itu tidak dikeluarkan dari permainan.

Mendahului 6000 gold pada minit ke-13, RRQ Hoshi menggunakan peluang sebaik mungkin untuk memberikan tekanan kepada Alter Ego di dalam Land of Dawn.

Ternyata Alter Ego tidak mampu mendekati kutipan gold, apa entah lagi cuba melakukan apa-apa ketika RRQ Hoshi cuba mengambil lord pada minit ke-19 dengan kewujudan global radar dari skill Aldous. Kemaraan RRQ Hoshi tidak dapat dihentikan lagi dengan kehadiran lord menyerang kubu pertahanan Alter Ego.

Penggunaan hero Paquito di tangan Alberttt selaku jungler, sangat berbisa untuk diuruskan Alter Ego.

Pusingan kedua: Pemilihan Alice oleh Alter Ego macam tiada ‘function’

Pada perlawanan berikutnya, Alter Ego kembali kepada comfort pick & draft style mereka bagi mengurangkan risiko ‘dibuli’ RRQ Hoshi. Adakah ini mencukupi untuk menyamakan kedudukan mereka? Tidak!

Menerusi kawalan permainan yang sangat mantap ditunjukkan pemain-pemain RRQ Hoshi, Alter Ego seperti ditekan sekali lagi walaupun perlawanan berlanjutan lebih dari 20 minit.

Walaupun dengan pemilihan Alice oleh Nino dari Alter Ego yang nyata merupakan late game hero, namun ia masih menjadi personalan kerana RRQ Hoshi dengan tenang mengambil Brody pada fasa akhir pemilihan untuk berdepan dengan Alice tersebut, sekali gus tidak membenarkan Nino untuk melakukan farming dengan mudah.

Dengan perlaksanaan yang sempurna pada fasa awal permainan, memenangi ketiga-tiga lane dan tidak mengambil risiko-risiko besar dalam melakukan keputusan, RRQ Hoshi memperoleh mata kedua tanpa menghadapi rintangan sukar.

Keputusan RRQ Hoshi untuk tidak meletakkan XBorg di bahagian jungle tetapi lebih memilih Benedetta, merupakan keputusan yang tepat memandangkan Alberttt menunjukkan kebolehan ‘di luar kotak’ apabila menggunakan hero ini.

Pusingan ketiga: Disiplin, pengurusan lane dan skil mekanik tinggi kunci kemenangan RRQ Hoshi

Setelah mengekalkan momentum dengan kemenangan berterusan, RRQ Hoshi melepaskan Ling kepada Alter Ego pada perlawanan ketiga menunjukkan mereka sama sekali tidak takut kepada hero yang selalu dikeluarkan dari permainan ini.

Pemilihan Alucard daripada Alberttt dan RRQ Hoshi mengejutkan Alter Ego apabila early game hero ini memberikan damage dan impak yang besar pada fasa awal permainan.

Cubaan Alter Ego mengambil Selena sebagai roamer bagi Leomurphy untuk mengganggu Alucard dan Aldous pada fasa awal permainan kelihatan tidak berkesan gara-gara pengurusan lane yang bagus dari setiap pemain RRQ Hoshi.

Walaupun pada minit ke-11 Alter Ego hampir menyapu bersih herohero RRQ Hoshi yang kelihatan sedikit terlebih yakin dan terlalu ke hadapan, tetapi RRQ Hoshi kembali mengawal rentak permainan dalam sekelip mata.

Kesilapan seterusnya yang dilakukan Alter Ego adalah apabila Celiboy yang menggunakan Ling memandang rendah terhadap Aldous yang sudah lengkap dengan full slot item pada minit yang ke-15 menyebabkan kematian mengejut Ling. Ia sekali gus memusnahkan harapan Alter Ego untuk sekali lagi menterbalikkan keadaan.

Clayyy yang menggunakan Pharsa untuk RRQ Hoshi juga harus diberikan perhatian kerana kebolehan mekanik di samping kuasa kemusnahan yang besar untuk menghalang Lylia dan Selena daripada mendekati kawasan peperangan menutup peluang Alter Ego untuk mengganggu kemaraan RRQ Hoshi.

Tidak panik, RRQ Hoshi menyapu bersih 3-0 menentang Alter Ego membuktikan mereka masih “Raja Segala Raja” dengan kekal gah  di puncak musim liga MPL ID S8 yang lalu.

Pengurusan lane yang mantap, disiplin yang bagus dan juga mekanik yang tinggi dapat dilihat pada RRQ Hoshi pada playoff ini. Mereka juga berharap dapat bertemu EVOS Legends pada keesokan hari.

Dapatkah EVOS Legends menumpaskan ONIC Esports sebentar lagi untuk menyahut cabaran RRQ Hoshi?

MPL Indonesia kini di peringkat playoff dan akan berlangsung sehingga Ahad nanti. Ia boleh ditonton secara langsung di Facebook dan YouTube PUBG Mobile.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved