Connect with us

Mobile Legends

MPL ID:Baca strategi enemy macam baca hati perempuan, AE menang 3-1

Published

on

SELEPAS kalah berturut-turut bermula dari minggu ketujuh di peringkat musim liga, Alter Ego (AE) akhirnya mencipta kejutan kemenangan 3-1 menentang Bigetron Alpha (BTR) pada hari pertama playoff MPL Indonesia Musim Kelapan 2021.

Dalam pusingan pertama, BTR kelihatan kuat dengan menggunakan meta popular patch kali ini iaitu perletakan marksman di bahagian gold lane.

Branz yang digelar raja marksman berhasil menggunakan Natan dibantu hero barisan hadapan seperti Mathilda, Paquito dan juga Barats yang menumpaskan AE dengan mudah dan juga dalam masa yang singkat.

Kyy dengan penggunaan Mathilda sangat membantu BTR untuk meleraikan peperangan. AE dengan hero-hero seperti Khufra, Yve dan Alice ternyata menghadapi kesukaran untuk menangkap hero-hero BTR gara-gara Mathilda yang digunakan oleh Kyy bertindak sebagai roamer.

Namun, kekalahan ini tidak melemahkan semangat AE.

AE menemukan jawapan untuk menjatuhkan kebangkitan BTR yang masih menggunakan meta dan draft yang hampir sama dalam pusingan pertama tadi.

Pada perlawanan kedua, pengambilan Yu Zhong oleh Nino untuk menghancurkan barisan belakang pemain BTR lebih-lebih lagi Natan dan Mathilda yang digunakan oleh Udil sebagai midlaner sentiasa memberikan kemusnahan yang besar.

Tambahan lagi, penggunaan Granger oleh Celiboy memberikan kehancuran kepada  hero-hero barisan hadapan sebaik sahaja mencapai power spike, menyebabkan hero Barats hanya cuma dapat menadah damage dan Natan hanya cuma boleh lari jauh kebelakang untuk mengelak dari ditangkap.

Kegarangan AE masih diteruskan pada perlawanan ketiga dengan pengambilan Karina sebagai jungler yang ternyata mendominasi dalam Land of Dawn.

Kesilapan BTR melakukan draft ternyata jelas apabila hero Minsithar yang diambil sebagai counter pick Benedetta dan Phoveus kerana pada masa yang sama, draft BTR sendiri mempunyai hero dash seperti Paquito sebagai jungler dan Karrie sebagai goldlaner membenarkan Phoveus untuk menghancurkan hero-hero tersebut apabila formasi mereka dirosakkan oleh ultimate Yve dan Chou.

Renbo juga kelihatan tidak selesa menggunakan Pharsa dalam perlawanan ini.

Kerap kali skil yang dilontarkan tidak mengenai hero-hero AE dan kadang kala jarak juga tidak mencukupi. Tindakan Renbo dilihat mungkin kerana bimbang dengan komposisi dive-in  yang dibawa oleh AE. Zoning juga adalah kunci penting bagi kemenangan AE kali ini.

Dalam perlawanan keempat, walaupun BTR telah mengeluarkan hero-hero selesa AE seperti Yu Zhong, Benedetta dan juga Phoveus, mereka tetap menemui jalan buntu apabila Celiboy membawa masuk Harley sebagai pilihan yang terakhir memaksa BTR untuk berlawan sebagai satu kumpulan.

BTR kelihatan selesa pada fasa awal permainan dengan memperolehi lord, namun dengan strategi split pushing Chou oleh Nino berjaya menarik seorang pemain BTR.

Corak permainan yang dilihat terlebih yakin dengan kehadiran lord akhirnya memakan diri BTR apabila kemaraannya tersekat dengan penguasaan highground hero Pharsa oleh Udil.

Ternyata komposisi BTR menunjukkan kelemahan apabila ahli pasukan tidak mencukupi dalam melakukan peperangan.

Kejatuhan BTR diteruskan dengan kekuatan kombo Harley dan Pharsa apabila satu-satu ahli pasukan BTR mati di tangan duo ini. Korban Nino mendapatkan Renbo juga tidak disia-siakan AE sekaligus menamatkan permainan.

Kemenangan AE jelas mutlak setelah membaca kelemahan komposisi marksman goldlaner yang dibawa oleh BTR. Mereka juga melepaskan hero-hero yang mempunyai crowd control yang besar dan lebih mementingkan hero-hero dive-in dan pick-off sebagai senjata utama memecahkan formasi lima pemain BTR.

Keputusan AE 3 – 1 BTR. Dapatkah mereka meneruskan momentum ini pada hari ini menentang RRQ Hoshi yang memegang takhta pada peringkat musim liga?

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved