Connect with us

Mobile Legends

MPL ID: Situasi telur di hujung tanduk paksa EVOS keluarkan meta baru Floryn dalam playoff

Published

on

SANG juara MPL Indonesia musim yang ketujuh, EVOS Legends (EVOS) meneruskan perjalanan mereka di playoff selepas menumpaskan Aura Fire (AURA) di peringkat lower bracket pada malam tadi.

Adakah ia merupakan kemenangan yang mudah bagi EVOS  memandangkan prestasi AURA yang semakin merudum sejak musim-musim yang lalu? Tidak sama sekali.

AURA membuka permainan dengan draft yang mengancam dan mengambil natural counter pick setelah EVOS mengunci Ling pada fasa pemilihan yang kedua iaitu Khufra dalam perlawanan pertama.

Terlalu bergantung kepada Ling dan juga Lylia sebagai sumber kemusnahan utama, EVOS ternyata sukar untuk menjatuhkan pemain-pemain AURA yang sudah mendominasi fasa awal permainan.

EVOS yang juga hanya mempunyai Ruby sebagai hero yang memiliki crowd control besar, sekaligus membenarkan hero seperti Natan, Harley dan juga Karina mengeluarkan kemunahan secara berleluasa.

Bagi menyekat kemaraan AURA dalam perlawanan yang seterusnya, EVOS kemudiannya memilih Claude untuk dimainkan sebagai hero midlaner setelah melihat kebanyakan hero yang digunakan AURA  adalah hero fighter dan mempunyai hard lock down crowd control dalam draft.

Menerusi bantuan Angela yang dimainkan oleh pemain berpengalaman Rekt, Wannn yang bermain menggunakan Claude mendominasi perlawanan tanpa ditangkap musuh.

Sekali lagi, tertumpasnya hero Paquito di Land of Dawn di bahagian jungle, seolah-olah deja vu kekalahan Bigetron Alpha dalam perlawanan playoff sebelum ini yang menimbulkan kesangsian mengenai keberkesanan hero ini sebagai jungler.

Pada pusingan yang seterusnya, EVOS sekali lag mengguna hero Claude dan Angela, memancing AURA untuk mengambil hero assassin seperti Lancelot dan Benedetta sebagai hero dive-in untuk mencapai hero barisan belakang.

Phoveus yang tidak dikeluarkan dari draft akhirnya diambil EVOS sebagai hard counter bagi kedua-dua hero ini sekali gus memecah formasi AURA dengan penguasaan zoning yang ada pada hero tersebut.

Tiada apa yang mampu dilakukan oleh Yve, Paquito dan Ruby yang dimainkan dibahagian roamer AURA setelah hero-hero pembunuh ini diasingkan dari peperangan.

Tidak mahu membenarkan EVOS meneruskan momentumnya, AURA kemudiannya mengeluarkan Angela dan Claude dari permainan. Setelah serangan bertalu-talu daripada EVOS, Ferxiic bersama Balmond jungler nya dan juga Yi Sun Shin yang dimainkan oleh Clover menunjukkan dominasi dengan mata kill membuatkan AURA buntu.

Ditambah lagi dengan ketiadaan turret bagi AURA menahan serangan minion, namun semangat AURA membuahkan hasil setelah menumbangkan hero-hero barisan hadapan EVOS memecah kebuntuan sekaligus menamatkan perlawanan selepas 23 minit bertahan.

Setelah kedudukan seri dua sama, EVOS mengeluarkan senjata rahsia mereka, iaitu memperkenalkan kemunculan pertama hero ini di MPL Indonesia iatu Floryn!

Menerusi kecekapan melakukan rotation, Rekt berjaya menghalang Hayabusa yang dimainkan oleh High dari melakukan kerosakan kepada pemain-pemain EVOS pada fasa awal permainan.

Kehadiran Yu Zhong yang berkebolehan untuk pergi ke barisan belakang formasi AURA, Yve yang dimainkan oleh Facehugger juga terpaksa membeli defensive item pada awal permainan menyebabkan kemusnahan yang dapat dikeluarkan oleh hero mage tersebut, tidak memberi impak besar terhadap EVOS disamping Floryn yang sentiasa ada untuk memenuhkan HP pasukannya.

Rekt mencatatkan KDA 5/0/24, sekali gus membuktikan Floryn membawa impak yang besar dan berbaloi dibawa masuk ke dalam meta.

Mungkin kerana tidak biasa menentang hero Floryn, AURA terpaksa akur dengan kekalahan pada perlawanan penentuan itu.

EVOS juga membuktikan dengan kepelbagaian meta yang mampu dibawa, pasukan itu masih mampu untuk meneruskan perjalanan mereka di playoffs ini. EVOS 3 – 2 AURA.

Tiada rezeki buat AURA dan Bigetron Alpha pada musim kelapan ini kecundang pada hari pertama Playoff MPL Indonesia.

Adakah Evos Legend akan membawa kembali Floryn bertemu Onic Esports pada hari esok? Atau mungkin ada kejutan baru?

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved