Mobile Legends
M3 tawar hadiah wang terkumpul RM3.3 juta

PIHAK pembangun e-sukan Mobile Legends, Moonton, telah mengumumkan secara rasmi nilai hadiah wang terkumpul kejohanan dunia M3, iaitu kira-kira RM3.3 juta (AS$800,000).
Perkara itu didedahkan dalam satu platform media sosial rasmi Mobile Legends pada tengah hari semalam.
https://www.instagram.com/p/CTWBpfDHN9D/
Jumlah hadiah wang terkumpul itu menunjukkan peningkatan kira-kira RM2.41 juta berbanding penganjuran M2 tahun lalu yang menawarkan kira-kira RM829,000 (AS$200,000).
Ketika diperkenalkan pada tahun 2019, M1 menawarkan hadiah wang terkumpul sebanyak RM1 juta (AS$250,000).
Pada 9 Ogos lalu, Moonton telah mengesahkan M3 akan diadakan secara offline pada Disember nanti.
Moonton bagaimanapun masih belum mendedahkan lokasi penganjuran kejohanan dunia itu.