Connect with us

Mobile Legends

Soloz terima 155,555 stars di Facebook

Published

on

Foto: Facebook / Soloz

KUALA LUMPUR – Penghibur penstriman langsung Nombor 1 Malaysia, Mohd Faris Zakaria (Soloz) telah menerima derma 155,555 Facebook stars daripada seorang pengguna media sosial pada malam tadi.

“Abang, seriuslah?! Abang Abdullah! Sekejap, ini bukan satu mimpi

“Rezeki malam jumaat, Alhamdulillah. Terima kasih Abang Abdullah untuk 155,555 stars.

“Semoga sihat selalu, bang,” kata Soloz sebagai satu reaksi kepada hantaran FB stars daripada seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Muhammad Abdullah.

Soloz juga berkata dia sememangnya terkejut dengan perkara itu memandangkan dia baharu saja melakukan penstriman langsung untuk bulan September.

Sementara itu, Muhammad Abdullah turut meninggalkan satu komen yang menyatakan: “Pada malam Jumaat ini, kita perlu banyak belanja orang.

“Sama-sama kita menjaga solat lima waktu. Jaga diri semua!”

Soloz merupakan penghibur penstriman langsung terkenal di Malaysia. Di platform Facebook sahaja, dia mempunyai lebih 2.5 juta pengikut.

Sebelum menceburi bidang penhibur penstriman langsung, Soloz pernah bermain dalam arena kompetitif Mobile Legends bersama Team Bosskurr.

Dia juga kini menjadi pemilik skuad PUBG Mobile, Anti Circle yang kini bertanding dalam Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia dan Singapura.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved