Connect with us

CSGO

Pasukan CSGO Wanita Sphynx.MY tidak lagi bersama Orange Esports

Published

on

Pada April lalu, Orange Esports mengumumkan kolaborasi terbaharu mereka bersama bersama pasukan Sphynx. - Foto Facebook / Orange Sphynx

KUALA LUMPUR – Pasukan Counter-Strike: Global Offensive (CSGO) Wanita nombor satu negara, Sphynx tidak lagi bersama organisasi e-sukan Orange Esports.

Ketua Pasukan E-Sukan Orange Esports, Dr Ian Tan dalam satu kenyataan berkata, kesemua pemain Sphynx akan dilepaskan dari organisasi itu mulai hari ini.

“Bersama Orange Esports, Sphynx.MY telah meraih pelbagai pencapaian yang tinggi dalam arena CSGO Asia Tenggara Wanita.

“Antaranya mendapat tempat kedua Kejohanan Zowie Divina Asia 2019, layak ke kejohanan Dreamhack Showdown Valencia 2019 dan Ramona Azween juga telah menjadi pemain profesional bagi pasukan China, Tyloo.Fe.

“Ia merupakan satu penghargaan besar bagi kami apabila pemain-pemain wanita berbakat ini mewakili Orange Esports. Kami mengucapkan selamat maju jaya buat mereka,” kata Ian.

Pada April lalu, Orange Esports mengumumkan kolaborasi terbaharu mereka bersama bersama pasukan Sphynx.

Kolaborasi itu bertujuan untuk menarik lebih ramai pemain wanita untuk sertai e-sukan.

Sementara itu, dalam satu paparan di laman kejohanan e-sukan Legion of Valkyries 2019 bagi kelayakan CSGO Malaysia, menyaksikan pasukan Sphynx tidak lagi menggunakan nama Orange Sphynx, sebaliknya menggunakan nama BAE.Sphynx.

BAE merupakan singkatan daripada Battle Arena Elites, satu jenama pasukan kompetitif dari pusat e-sukan Battle Arena yang terletak di Jaya Shopping Centre, Selangor.

Barisan pemain aktif Sphynx ketika ini terdiri daripada :

  • Nurul Aini (Ayumii) 
  • Ng Yee (Maye)
  • Aisya Sabrina Sabri (Argent)
  • Jasmine Christina Sim Huiyan (Jazminism)
  • Shanice Choo Xin Ru (Alaska)
  • Iffah Nazurah Saidi (3ve)

Antara pencapaian Sphynx pada tahun ini termasuk menjadi pasukan CSGO wanita pertama di Malaysia yang layak ke Dreamhack Showdown di Fira València, Sepanyol pada Julai lalu.

Sphynx yang ditubuhkan sejak November 2017, boleh dilihat sebagai pasukan CSGO wanita terbaik di Malaysia setakat ini.

Pada awal Mac lalu, mereka memenangi kejohanan peringkat Asia Tenggara, Rise of Legion CSGO: Lady (Online).

Pada akhir Januari lalu pula mereka berjaya ke peringkat suku akhir Kejohanan Intel Challenge IEM bagi kelayakan Asia.

Mereka juga mengekalkan rekod kejuaraan Kejohanan Dunia Sukan Elektronik (WESG) Malaysia dua tahun berturut-turut.

Namun Sphynx sekali lagi gagal untuk melepasi kelayakan WESG Asia Tenggara pada tahun ini.

What’s The Meta Today (WTM Today) kini sedang mendapatkan pengesahan rasmi dari Battle Arena mengenai perkara ini. 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved