Connect with us

CSGO

Legion of Valkyries : Sphynx kini guna nama BAE.Sphynx

Published

on

Dalam satu paparan di laman kejohanan e-sukan Legion of Valkyries 2019 bagi kelayakan CSGO Malaysia, menyaksikan pasukan Sphynx kini menggunakan nama BAE.Sphynx. - Foto Legion.lenovo.com

KUALA LUMPUR – Pasukan CSGO wanita nombor 1 negara, Sphynx kini menggunakan nama BAE.Sphynx dalam arena kompetitif e-sukan itu.

Dalam satu paparan di laman kejohanan e-sukan Legion of Valkyries 2019 bagi kelayakan CSGO Malaysia, menyaksikan pasukan Sphynx tidak lagi menggunakan nama Orange Sphynx, sebaliknya menggunakan nama BAE.Sphynx.

BAE merupakan singkatan daripada Battle Arena Elites, satu jenama pasukan kompetitif dari pusat e-sukan Battle Arena yang terletak di Jaya Shopping Centre, Selangor.

Semalam, Orange Esports mengumumkan Sphynx tidak lagi bersama organisasi itu dan telah melepaskan kesemua pemainnya.

Barisan pemain aktif BAE.Sphynx ketika ini terdiri daripada :

  • Nurul Aini (Ayumii) 
  • Ng Yee (Maye)
  • Aisya Sabrina Sabri (Argent)
  • Jasmine Christina Sim Huiyan (Jazminism)
  • Shanice Choo Xin Ru (Alaska)
  • Iffah Nazurah Saidi (3ve)

Antara pencapaian Sphynx pada tahun ini termasuk menjadi pasukan CSGO wanita pertama di Malaysia yang layak ke Dreamhack Showdown di Fira València, Sepanyol pada Julai lalu.

Kini mereka bakal menyertai kejohanan Legion of Valkyries peringkat Kelayakan Malaysia.

Juara bagi pusingan ini bakal membawa pulang hadiah wang tunai kira-kira RM4,000 (AS$1,000) manakala naib juara dan tempat ketiga masing-masing akan bawa pulang kira-kira  RM2,400 dan  RM1,600.

Legion of Valkyries merupakan satu inisiatif daripada Lenovo untuk menyemarakkan lagi penyertaan pemain wanita dalam e-sukan.

Juara bagi setiap kelayakan di peringat rantau masing-masing bakal berentap di Grand Final Legion of Champions IV 2019 di Bangkok Thailand.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved