Connect with us

CSGO

Orange Esports umum kolaborasi bersama pasukan CSGO wanita Sphynx MY

Published

on

Foto: Facebook / Orange Esports

Organisasi e-sukan Orange Esports mengumumkan kolaborasi terbaharu mereka bersama bersama pasukan Counter-Strike: Global Offensive (CSGO) wanita tanah air, Sphynx MY.

Menurut Orange Esports, mereka mengharapkan kerjasama bersama Sphynx MY yang kini dikenali sebagai Orange Sphynx itu mampu menarik lebih ramai pemain wanita untuk sertai e-sukan.

“Kami percaya kerjasama ini mampu membawa Sphynx ke peringkat yang lebih tinggi selain mengalakkan lebih ramai pemain wanita terlibat dalam e-sukan.

“Kami juga berharap menerusi kolaborasi ini mampu mencapai matlamat sebagai Pasukan Terbaik CSGO Wanita di Asia Tenggara,” kata Orange Esports dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Orange Esports turut mengumumkan pasukan itu kini mendapat tajaan daripada syarikat teknologi barangan e-sukan terkemuka, Logitech.

Orange Sphynx masih mengekalkan barisan pemain utama mereka yang terdiri daripada:

  • Kapten – Ramona Azween (GFi#)
  • Aisya Sabrina Binti Sabri (Argent)
  • Iffah Nazurah Saidi (3ve)
  • Jasmine Christina Sim Huiyan (Jazminism)
  • Shanice Choo Xin Ru (Alaska)

Orange Sphynx yang ditubuhkan sejak November 2017, boleh dilihat sebagai pasukan CSGO wanita terbaik di Malaysia setakat ini.

Pada awal Mac lalu, mereka memenangi kejohanan peringkat Asia Tenggara, Rise of Legion CSGO: Lady (Online).

Pada akhir Januari lalu pula mereka berjaya ke peringkat suku akhir Kejohanan Intel Challenge IEM bagi kelayakan Asia.

Sementara itu pada tahun lepas, Orange Sphynx berjaya mewakili Malaysia dan menyumbangkan pingat gangsa untuk negara bagi Kejohanan Dunia Sukan Elektronik (WESG) Peringkat Asia Tenggara.

Bagi anda yang memberi sokongan dan ingin tahu perkembangan terkini Orange Sphynx, boleh ke Facebook dan Twitter rasmi pasukan tersebut.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved