Connect with us

CSGO

CSGO: Harga pemindahan d4v41 bernilai RM100,000

Published

on

Selepas lebih dua tahun bersama FrostFire, pemain Counter Strike: Global Offensive (CSGO) tanah air yang sedang meningkat naik Ahmad Khalish Rusyaidee Nordin (d4v41),20, dilaporkan telah dibeli pasukan Singapura BOOT LETOU dengan harga pemindahaan kira-kira RM100,000. 

Menurut sumber, ini adalah pertama kali pemain FrostFire dibeli pasukan CSGO lain dengan harga pemindahan yang dilihat paling tinggi di Malaysia dan Asia Tenggara.

“Ya, berita mengenai harga pemindahan d4v4i yang bernilai RM100,000 itu benar. Memang dalam kontrak.

“Urusan pemindahan itu telah berlaku sejak sebulan lepas,” kata sumber ketika dihubungi WTM Today.

Menurut sumber lagi, d4v4i masih lagi berada di Malaysia dan akan menyertai beberapa kejohanan pada minggu ini bersama BOOT LETOU.

d4v4i memulakan karier profesional CSGO pada 2017, apabila dia menyertai BeyondGodlike CS:GO SEA Pro League sebagai kejohanan pertama bersama pasukan Orange.

Selepas beberapa bulan, d4v4i kemudiannya menyertai Fire Dragoon yang kini dijenamakan semula sebagai FrostFire.

Antara pencapaian d4v4i bersama FrostFire termasuk:

  • Tempat 3/4 bagi Kejohanan Dunia Sukan Elektronik (WESG) Asia Tenggara 2018
  • Juara MSI CSGO Team Battle Royal 2018
  • Juara eXTREMESLAND ZOWIE Asia CS:GO (Malaysia) 2018
  • Juara BSC Esports Leauge 2018
  • Juara MSI MGAxSNS Grand League V1 2018

Setakat hari ini, d4v4i mencatatkan rating 1.30/2.00 sebagai pemain CSGO, menurut statistik HLTV.


© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved