Connect with us

CSGO

CSGO: d4v4i dibeli pasukan Singapura

Published

on

Pemain Counter Strike: Global Offensive (CSGO) Khalish “d4v41” Rusyaidee kini tidak lagi bersama FrostFire, dan sah menyertai pasukan negara jiran, BOOT LETOU. 

Dalam satu kenyataan bersama BOOT LETOU, d4v4i berkata pemindahannya kepada pasukan itu dilihat bakal memberi pengalaman baharu dalam karier CSGO.

“Saya sangat berbesar hati untuk sertai BOOT LETOU dan berharap untuk mencapai lebih banyak kejayaan bersama rakan-rakan sepasukan baharu ini.
‍‍‍‍‍‍ ‍‍
“Saya juga dapat belajar perkara baru bersama BOOT LETOU.
‍‍‍‍‍‍ ‍‍
“Kepada bekas rakan sepasukan saya, terima kasih untuk 2 tahun bersama dan semoga berjaya untuk final WESG akan datang. Saya doakan kejayaan anda semua,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, BOOT LETOU berkata pertukaran baharu bagi senarai barisan pemain pasukan CSGO itu adalah bagi mencapai matlamat untuk menjadi salah sebuah pasukan terbaik di Asia.

“Kami mahu melayakkan diri ke kejohanan antarabangsa bagi merasai pengalaman luar biasa apabila bertanding dengan pasukan dari seluruh dunia,” katanya.

Berikut adalah senarai pemain CSGO BOOT LETOU yang diumumkan semalam:

???? Alexandre “alecks” Sallé (IGL)
?? Benedict “Benkai” Tan (Rifler)
?? Leslie “Bobosaur” Soen (Rifler)
?? Nevin “splashske” Aw-Yeong (Sniper)
?? Khalish “d4v41” Rusyaidee (Hybrid) 
?? Anthony “ImpressioN” Lim (Simpanan)

Sementara itu, bagi FrostFire mereka dijangka akan mengumum senarai baharu barisan pemain CSGO pada malam ini.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved