Connect with us

CSGO

CSGO: VG.Anthrax sedia berdepan BOOT-d[S] esok

Published

on

VG.Anthrax merupakan pasukan e-sukan Malaysia, yang ditubuhkan pada Ogos 2016.

PASUKAN Counter Strike : Global Offensive (CSGO) tempatan Virtual Genesis (VG) Anthrax bersedia untuk berdepan pasukan pilihan BOOT-d[S] dalam pusingan pertama Kelayakan Tertutup Asia Tenggara bagi Kejohanan Minor Asia Berlin 2019.

Pengurus VG.Anthrax Chuah Boon Cheng (Major) berkata walau apa pun akan terjadi esok, dia berasa sangat kagum dengan pencapaian pasukannya yang layak ke pusingan kejohanan itu esok.

“VG.Anthrax dilihat pasukan paling bawah dalam kejohanan itu dan BOOT-d[S] merupakan pasukan pilhan.

“Kami juga akan berdepan dengan pemain terbaik Malaysia Ahmad Khalish Rusyaidee Nordin (d4v41) dalam pasukan BOOT-d[S], tapi kami akan berikan yang terbaik untuk esok,” katanya ketika dihubungi WTM Today pada malam Selasa.

VG.Anthrax layak ke pusingan tersebut selepas berjaya melepasi pusingan kelayakan kedua peringkat Asia Tenggara yang berlangsung pada hujung minggu lalu.

Selain VG.Anthrax dan BOOT-d[S], kejohanan tersebut bakal disertai Alpha Read, Lucid Dream, TNC Pro Team, Beyond Esports, Academy of Esports dan Team Maple.

Sementara itu, Major berkata dia menghargai sokongan rakan-rakan dan peminat e-sukan tanah air yang diberikan kepada VG.Anthrax sejak ia ditubuhkan pada Ogos 2016.

“Jangan lupa tengok kami esok!” kata Major.

Barisan VG.Anthrax kini terdiri daripada:

  • Jerald Ooi Yie Zer (Jrl)
  • Kenny Lock Seng Loong (Castle)
  • Muhammad Adam (Frostyz)
  • Pradeep a/l Nagarrettinam (Taymore)
  • Azizi Jalil (Maddox)

Antara pencapaian VG.Anthrax termasuk tempat kedua MSI CSGO Team Battle Royal 2018, tempat ketiga Red Bull Coliseum 2018 dan tempat ketiga eXTREMESLAND Zowie Asia CSGO Malaysia 2018.

Bagi anda yang mahu memberi sokongan dan ingin menonton secara langsung bagi perlawanan tersebut, tonton di Twitch Starladder yang dijangka akan bermula pada jam 3 petang waktu Malaysia.

Pusingan kelayakan tersebut yang bermula hari ini sehingga 24 Mei akan menggunakan format Double-Elimination bracket dan tiga pusingan terbaik (Best of 3).

Pemenang bagi pusingan kelayakan ini akan menempah slot bagi Kejohanan Asia Minor Berlin 2019.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved