Connect with us

CSGO

ZOWIE DIVINA: MBT. Baeters semakin hampir ke China

Published

on

MBT.Baeters terdiri daripada pemain-pemain yang berbakat besar iaitu J4P4N, FИИY, LX_ying, Miran, cmy dan Ayumiii.

PASUKAN Counter Strike : Global Offensive (CSGO) wanita tanah air, MBT. Baeters semakin hampir untuk beraksi di Kelayakan Kejohanan CSGO Asia ZOWIE DIVINA selepas berjaya mara ke separuh akhir kelayakan Asia Tenggara pada semalam.

MBT.Baeters yang menewaskan pasukan Thailand, Mystery’s 2-1 pada pusingan suku akhir, dilihat beraksi dengan baik pada perlawanan kelayakan Asia Tenggara itu.

Dalam pusingan suku akhir tersebut, MBT.Baeters mengutip mata 16-9 pada peta pertama Nuke, 17-19 pada peta kedua Mirage dan kembali menguasai pada pusingan ketiga dengan mata 16-8 dalam peta Train.

MBT.Baeters sebelum itu menewaskan pasukan Filipina MadHouse Mix dalam perlawanan Best of 1 yang menyaksikan mereka berjaya mengutip mata 16-11 dalam peta Mirage.

MBT.Baeters kini berada di peringkat separuh akhir dan bakal bertemu pasukan gabungan Thailand dan Singapura, Helix Squad untuk merebut slot ke Kelayakan Asia yang akan berlangsung bulan depan.

Perlawanan tersebut dijangka akan berlangsung pada jam 3 petang nanti.

MBT.Baeters terdiri daripada pemain-pemain yang berbakat besar iaitu:

  • Nurizzatul Aisyah Zainuddin (J4P4N)
  • Fatin Nadiah Noor Yazan (FИИY)
  • Lye Xue Ying (LX_ying)
  • Fatin Athira Azlan (Miran)
  • Nurul Aini (Ayumiii)
  • Eunice Chin Mei Yee (cmy)

Sementara itu, satu lagi pasukan Malaysia 1Percent. Sucre terpaksa akur kekalahan menentang pasukan Taiwan, DefiniteSanctity 13-16 pada pusingan pertama kelayakan tersebut, meskipun berjaya mengejar mata selepas ketinggalan pada awal permainan.

Kelayakan Asia Tenggara ZOWIE DIVINA yang berlangsung sejak semalam sehingga hari ini menyaksikan 15 pasukan daripada Asia bertanding untuk merebut dua slot ke Kejohanan CSGO Asia ZOWIE DIVINA yang turut dikenali sebagai Kejohanan CSGO Asia Dreamhack Showdown.

Kejohanan Asia CSGO Wanita ZOWIE DIVINA bakal diadakan di Shanghai, China pada 20 sehingga 23 Jun nanti dan bakal disertai lapan pasukan terbaik di rantau itu.

Daripada lapan pasukan itu, empat pasukan bakal mendapat jemputan terus ke kejohanan tersebut sementara empat lagi slot bakal diisi pasukan teratas dalam kelayakan Asia Tenggara dan China.

Pasukan tanah air yang juga pemenang kejohanan Rise of Legion CSGO: Lady (Online) pada Mac lalu, Orange Sphynx dijangka terpilih sebagai antara pasukan yang mendapat jemputan terus ke kejohanan Asia itu.

BACA: Orange Esports umum kolaborasi bersama pasukan CSGO wanita Sphynx MY

Dua pasukan teratas bagi Kejohanan Asia CSGO Wanita ZOWIE DIVINA bakal ke kejohanan utama Dreamhack Showdown pada 5 hingga 7 Julai depan di Valencia, Sepanyol yang bakal disertai pasukan-pasukan CSGO wanita terbaik dunia.

Dreamhack Showdown menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM400,000.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved