Connect with us

General

Liga Dunia sebuah maraton, ini baru permulaan – BiuBiu

Published

on

Foto Fail

PEMAIN profesional PUBG Mobile Team Secret Malaysia, Kow Jiunn Jie (BiuBiu) menjelaskan bahawa Liga Dunia PUBG Mobile merupakan sebuah maraton dan hari pertama Opening Weekend hanyalah permulaan bagi perjuangan mereka.

BiuBiu berkata demikian dalam satu penstriman langsung di Instagram peribadinya pada malam tadi.

Foto: Instagram/ biu1215

Jelas BiuBiu, perlawanan yang berlangsung pada peringkat Opening Weekend dilihat sebagai platform terbaik untuk menganalisis corak permainan dan penukaran posisi pasukan-pasukan lain.

BACA: PMWL: Luxxy Bigetron RA akui uHigh pemain terbaik di dunia ketika ini

Team Secret MY memulakan hari pertama PMWL ini dengan agak baik apabila menduduki tempat keenam selepas pusingan pertama berlangsung.

Namun demikian, pada pusingan Vikendi dan Miramar, Team Secret MY tumpas kepada pasukan Mongolia NoChance dan TSM Entity dari India pada awal pertarungan.

Team Secret MY yang turut dibarisi uHigh, Rex, MADTOI, iShotz dan jurulatih JangS menduduki tangga ke-18 secara keseluruhan pada hari pertama Opening Weekend.

BACA: Selepas 3 kali toosoon Valdus The Murder dapat juga Chicken Dinner, Bigetron RA kekal ranking pertama

Pusingan Opening Weekend PMWL Timur akan berlangsung selama dua hari dan ia diadakan bagi menentukan pembahagian kumpulan bagi peringkat liga.

Anda boleh menontonnya PMWL Timur di YouTube dan Facebook PUBG Mobile Esports.

Kejohanan berprestij ini menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM1.8 juta (AS$425,000).

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved