Connect with us

General

PMWL: Ini sebab uHigh direhatkan, keluarkan beast mode di Miramar dengan meneliti pihak lawan

Published

on

Foto: Facebook / PUBG Mobile Esports

PASUKAN profesional PUBG Mobile tanah air Team Secret berjaya layak ke peringkat Super Weekend Liga Dunia PUBG Mobile (PMWL) Timur selepas menamatkan saingan League Weekend di tempat kedua dengan 94 mata secara keseluruhan pada semalam.

Pemain Team Secret MY, Dhiya Ulhaq Mohd Arasz (uHigh)  dalam satu temubual berkata pasukannya berpuas hati dengan prestasi hari terakhir League Weekend itu dengan memperoleh dua Chicken Dinner.

uHigh berkata kehadiran Asyam Allam (Rex) sebagai pemain kelima turut mengukuhkan barisan pemain Team Secret MY ketika ini.

“Penambahan Rex membuka lebih banyak ruang dan pilihan kepada kami dalam mengatur corak permainan.

“Kehadiran Rex juga banyak menyumbang dari segi kekutaan firepower pasukan secara total,” jelas uHigh.

uHigh turut menjelaskan bahawa ketika direhatkan pada Selasa lalu, dia banyak menonton dari perspektif lain untuk meneliti pasukan-pasukan yang bertanding.

Ia juga memberi ruang kepada dirinya untuk memperbaiki kesilapan sebelum ini.

Keputusan uHigh direhat ternyata berbaloi dan memuaskan apabil pemain termuda PMWL itu apabila berjaya memberikan satuaksi yang menakjubkan apabila dengan mendapatkan sembilan mata bunuh secara seorang diri di peta padang pasir Miramar, sehari selepas direhatkan.

BACA: PMWL: Team Secret mara ke Super Weekend, kutip 2 Chicken Dinner berturut-turut

Team Secret MY secara keseluruhan memaparkan aksi kemunculan semula yang baik selepas dianggap kurang menyerlah dalam carta keseluruhan pada peringkat Super Weekend minggu pertama.

Pasukan Negara yang dibarisi Kow Jiunn Jie (BiuBiu), Asyam Alam (Rex), Raymond Tan (iShotz), Dhiya Ulhaq (uHigh) dan Aekachai Areesanan (Madtoi) berjaya memperoleh 38 mata bunuh sekaligus mengumpulkan 94 mata secara keseluruhan untuk mara ke peringkat Super Weekend

Team Secret akan mara ke peringkat Super Weekend di mana mereka akan menentang 15 pasukan lain dalam 15 pusingan untuk mendapatkan mata dalam carta keseluruhan PMWL.

Peringkat Super Weekend akan berlangsung pada jumaat sehingga Ahad nanti.

PMWL Timur menawarkan hadiah wang terkumpul sebanyak RM1.8 (AS$450,000) juga secara keseluruhan.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved