Connect with us

General

Organisasi esports nombor 1 AS, TSM ikat kontrak dengan pemain chess 32 tahun, Hikaru Nakamura

Published

on

Foto: YouTube / TSM

ORGANISASI E-sukan nombor 1 Amerika Syarikat, TSM mengikat kontrak dengan pemain chess profesionalnya yang pertama, Hikaru Nakamura.

Perkara itu diumumkan dalam satu video YouTube TSM yang bertajuk “Hikaru Joins TSM!” (Hikaru sertai TSM) pada awal pagi tadi.

Hikaru merupakan juara lima kali Kejohanan Chess Amerika Syarikat dan pernah memecahkan rekod Bobby Fisher (bekas juara dunia) untuk mendapat gelaran Grandmaster.

Dia yang mula bermain chess pada usia tujuh tahun, merupakan pemain nombor satu dalam Blitz Chess Dunia.

“Apa yang saya mahu lakukan adalah membawa pulang trofi juara untuk organisasi saya.

“Saya menyifatkan, peluang saya yang terbaik untuk melakukan perkara itu adalah dengan bersama TSM,” kata Hikaru dalam video tersebut.

Hikaru juga bukan satu nama asing dalam platform penstriman langsung Twitch.

Pemain chess yang berusia 32 tahun itu mempunyai lebih 500,000 pengikut di Twitch ketika ini.

TSM merupakan gergasi e-sukan dunia, terutama di Amerika Syarikat dan mempunyai beberapa skuad di bawah naungannya seperti League of Legends, Valorant dan Rainbow Six Siege.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved