Connect with us

General

T1, Orange Rock beraksi luar jangkaan – Man Parang Yoodo Gank

Published

on

Foto: YouTube / PUBG Mobile Esports

KUALA LUMPUR – Pasukan PUBG Mobile Korea, T1 dan pasukan PUBG Mobile India dilihat beraksi di luar jangkaan pada hari pertama Opening Weekend Liga Dunia PUBG Mobile (PMWL) Timur.

Kapten pasukan PUBG Mobile tanah air Yoodo Gank, Aiman Mohd (Man Parang) berkata kedua-dua pasukan itu beraksi dengan baik untuk berada di kedudukan teratas.

“Banyak pasukannya sebenarnya yang (kami) tak sangka seperti T1 dan Orange Rock.

“Tak sangka mereka akan berada di kedudukan teratas,” kata Man Parang.

Man Parang berkata demikian dalam satu temu bual penstriman lansung PMWL Timur bersama pengulas Azrul Anwar (J Hunter) dan Partibhan Petchayappen (OntheGo).

Man Parang juga berkongsikan lokasi mendarat Yoodo Gank di Sanhok jika diberi peluang untuk beraksi di peta itu esok.

Jelasnya, Yoodo Gank akan mendarat di Lakawi juga memandangkan ketika ini perlawanan masih lagi di peringkat Opening Weekend.

Peringkat Opening Weekend PMWL Timur akan berlangsung selama dua hari, bagi menentukan pembahagian kumpulan di peringkat liga yang akan berlangsung pada Selasa dan Rabu hadapan.

BACA: Format PMWL: Opening Weekend, League Weekend, Super Weekend dan apa yang anda perlu tahu

“Kalau ada orang di Lakawi, kami akan langgar (merusuh) kerana ketika ini masih lagi peringkat Opening Weekend. Kami akan mencuba apa yang sesuai,” kata Man parang.

Menurut Man Parang, jika diberi pilihan, dia berharap agar tidak berada kumpulan yang sama dengan jaguh Indonesia Bigetron Red Aliens.

Ketika ini Man Parang dan Yoodo Gank berada dalam kumpulan B bagi peringkat Opening Weekend.

Turut berada dalam Kumpulan B adalah Morph Team, No Chance Team dan T1.

Kesemua pasukan itu tidak bermain pada pusingan keempat seketika tadi yang berlangsung di Sanhok.

Secara keseluruhan, Yoodo Gank berada di kedudukan ketiga pada hari pertama Opening Weekend PMWL Timur dengan 39 mata.

Juara PMCO, Bigetron RED Aliens berada di kedudukan pertama dengan kutipan 89 mata dan dua Chicken Dinner.

Berikut adalah senarai pemenang Chicken Dinner pada hari pertama Opening Weekend PMWL Timur:

Peta 1 – Erangel – Bigetron RED Aliens
Peta 2 – Vikendi – Bigetron RED Aliens
Peta 3 – Miramar – MORPH Team
Peta 4 – Sanhok – Orange Rock
Peta 5 – Erangel – VALDUS The Murder

PMWL Timur akan berlangsung sehingga 9 Ogos nanti dengan hadiah wang terkumpul kira-kira RM1.8 juta (AS$425,000).

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved