Connect with us

General

Razer SEA Invitational: Yoodo Gank tarik diri

Published

on

PASUKAN PUBG Mobile Nombor Satu Asia Tenggara, Yoodo Gank sah menarik diri dari terus menyertai kejohanan Razer SEA Invitational 2020, kata Persekutuan E-Sukan Malaysia (MESF) seketika tadi.⁣

Menurut MESF, keputusan Yoodo Gank untuk menarik diri dari kejohanan itu adalah kerana prinsip profesional pasukan itu.⁣

“Yoodo Gank kecewa dengan alasan dan keputusan pengadil yang mahu melakukan perlawanan semula (remake) bagi pusingan pertama semalam dan membuat keputusan untuk tidak menerusan.

“Keputusan untuk melakukan perlawanan semula itu tidak dilakukan pada awal pusingan tetapi apabila pusingan hampir menemui penamatnya.

“Yoodo Gank menekankan keputusan menarik diri dari kejohanan adalah satu keputusan sebulat suara berpandukan prinsip profesional memandangkan ketika ini pasukan itu sedang melakukan persiapan untuk Liga Dunia PUBG Mobile (PMWL) yang dianjurkan Tencent Games,” kata MESF dalam satu kenyataan.

Isu team up

MESF turut mengulas mengenai isu team up dalam kejohanan itu.

Menurut MESF, wakil Malaysia dalam Kejohanan Razer SEA Invitational 2020, Yoodo Gank dan AROV Esports mengetahui isu gabungan beberapa pasukan dibenarkan dalam peraturan yang ditetapkan penganjur.

“Pasukan-pasukan Malaysia tidak mempunyai masalah mengenai peraturan “team up” yang dilaksanakan penganjur, dengan tanggapan pembangun PUBG Mobile iaitu Tencent Games mengetahui peraturan itu digunapakai.

Namun Yoodo Gank dan AROV Esports membuat keputusan untuk tidak bergabung,” kata MESF.

Format kejohanan PUBG Mobile Razer SEA Invitational ternyata dilihat berbeza jika dibandingkan dengan kejohanan-kejohanan sebelum ini.

Dalam kejohanan Razer SEA Invitational, ranking kemenangan akan ditentukan menerusi jumlah keseluruhan mata agregat bagi dua pasukan dari negara yang sama.

Menurut laman sesawang Razer, pemenang-pemenang bagi kejohanan itu juga akan ditentukan mengikut jumlah mata keseluruhan bagi kedua-dua pasukan yang mewakili negara yang sama itu.

Razer SEA Invitational 2020 merupakan kejohahan PUBG Mobile yang melibatkan pasukan-pasukan e-sukan dari negara Asia Tenggara.

Selain Yoodo Gank dan AROV Esports, berikut adalah pasukan yang akan menyertai Razer SEA Invitational 202 bagi kategori PUBG Mobile:

  • Made in Thailand????????
  • RRQ Athena ????????
  • Red Rocket Cosmic ????????
  • Dranix Avenger ????????
  • Yoodo Gank ????????
  • AROV Esports ????????
  • Matrix United ????????
  • V Gaming????????
  • AutoTooSoon????????
  • Radiense Gaming????????
  • GPY GodPlayer????????
  • Nine Esports????????
  • X-Force????????
  • Orange Esports.CG????????
  • MY Galaxy????????
  • DEUS Esport????????
  • Resurgence SG????????
  • Impunity SG????????
  • Iconic ????????
  • Blacklist International ????????

Selain PUBG Mobile, dua acara e-sukan lain yang dipertandingkan adalah Dota 2 dan Mobile Legends.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved