Connect with us

CSGO

GSGO: Grand final Conqueror’s Insignia 2019 di Malaysia, dengan habuan RM289,000

Published

on

28 negara bakal menyertai Kejohanan CSGO Conqueror’s Insignia (CI) 2019 dengan hadiah wang terkumpul RM289,000.

AGENSI perkhidmatan dan firma permainan video Playtonia Esports And Associates (Playtonia) bakal mengadakan kejohanan e-sukan Counter-Strike: Global Offensive (CSGO) yang bakal menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM289,000 ($70,000).

Menurut Playtonia, kejohanan yang dikenali sebagai Conqueror’s Insignia (CI) 2019 itu akan melibatkan komuniti permainan video di 28 negara Asia dan Timur Tengah dan akan menjadikan Malaysia sebagai destinasi Grand Final.

“Playtonia telah berjaya membuka beberapa pejabat di India, Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada tahun ini, dengan sasaran untuk mengembangkan pasaran yang sedang membangun dan mengendalikan acara e-sukan di seluruh dunia.

“Menurusi CI 2019, kami berhasrat melibatkan diri bersama-sama pemain-pemain di 28 negara ini dengan satu Grand Final secara besar-besaran yang akan diadakan di Malaysia.

“CI 2019 akan menjadi penanda aras kepada kami sebagai ejen promosi e-sukan di Asia,” jelas Playtonia dalam satu kenyataan.

Sejak ditubuhkan pada 2017, Playtonia memulakan kejohanan Conqueror’s Insignia pada tahun yang sama bagi menyemarakkan arena kompetitif permainan video di India.

Edisi pertama kejohanan tersebut yang disertai 300 pasukan CSGO dan Dota 2 telah mendapat sambutan luar jangkaan.

“Pada tahun ini, Playtonia memilih CSGO bagi kejohanan CI 2019 untuk meraikan peminat-peminat e-sukan ini di rantau Asia Tenggara dan Timur Tengah yang dilihat mempunyai lima juta pemain.

“Kami juga akan mengadakan beberapa kelayakan secara offline untuk mempromosikan e-sukan tempatan,” tambah Playtonia.

Negara-negara yang boleh menyertai kejohanan CI 2019 adalah, India, Bangladesh, Nepal, Sri Lanka, Maldive, Bhutan,  Pakistan,  UAE, Arab Saudi, Lebanon, Oman, Kuwait, Qatar, Bahrain, Mesir, Jordan, Yemen, Iraq, Iran, Malaysia, Singapura, Thailand, Vietnam, Indonesia, Filipina, Kemboja, Myanmar dan Laos.

Format Kejohanan CSGO CI 2019

Kejohanan tersebut akan menggunakan platform permainan video Playtonia dan 10 pasukan teratas di rantau tersebut turut akan menerima 3000 Playtonia Leaves.

Playtonia turut menyatakan segala kos melibatkan penginapan dan penerbangan akan ditampung sepenuhnya oleh pihaknya untuk pasukan yang layak ke Grand Final Malaysia nanti.

Untuk maklumat lanjut mengenai format kejohanan boleh layari https://ci.playtonia.com/launch/tournament-format/.

Bagi anda yang mahu mendaftar boleh ke laman web Playtonia.com.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved