Connect with us

CSGO

CSGO: Ramona keluar Orange Sphynx, sertai Tyloo Gaming

Published

on

PEMAIN kompetitif Counter Strike : Global Offensive (CSGO) tanah air, Ramona Azween (GFi#) akan menyertai organisasi e-sukan Tyloo Gaming.

Perkara tersebut diumumkan organisasi itu seketika tadi.

Menurut Tyloo Gaming, GFi# akan bermain untuk pasukan wanita organisasi tersebut iaitu Tyloo.fe.

Sementara itu GFi# menerusi ciapannya di Twitter berkata dia akan bermain bersama Tyloo.fe sehingga akhir tahun ini.

“Saya berbesar hati untuk mengumumkan yang saya akan bermain untuk Tyloo.fe bagi tahun ini.

“Ia juga bermaksud saya telah meninggalkan Orange Sphynx. Ini merupakan satu titik perubahan dalam perjalanan hidup saya.

“Saya akan melakukan yang terbaik dan berharap anda akan terus menyokong saya,” kata GFi#.

GFi# sebelum ini bermain dan merupakan kapten untuk pasukan Orange Sphynx.

Pada awal bulan ini, GFi# dan Orange Sphynx layak ke Kejohanan Dreamhack Showdown yang berlangsung di Valencia, Sepanyol.

Sebelum itu, mereka berjaya menjadi antara dua kumpulan teratas dalam Kejohanan ZOWIE DIVINA CSGO Asia.

GFi# telah berkecimpung dalam arena e-sukan secara kompetitif sejak 15 tahun lalu.

Dia juga pernah bermain untuk pasukan Indonesia FF Gaming pada tahun 2017.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved