DOTA 2
#TI9: Bekas pemain Forward Gaming akan bermain untuk Newbee

SUSULAN pengumuman penutupan Forward Gaming baru-baru ini, organisasi e-sukan Newbee menyatakan mereka akan mengambil alih kesemua pemain-pemain pasukan tersebut yang telah layak ke kejohanan terkemuka The International 9.
Dalam satu ciapan rasminya hari ini, Newbee berkata mereka akan mengambil alih pemain-pemain tersebut untuk bernaung di bawah mereka iaitu:
- Yawar ”YawaR” Hassan
- Quinn ”CCnC” Callahan
- Jingjun ”Sneyking” Wu
- Arif “MSS-” Anwar
- Johan “pieliedie” Åström
Pada Isnin lalu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Forward Gaming, David Dashtoyan membuat pengumuman rasmi bahawa organisasi e-sukan itu ditutup.
Dalam kenyataan itu, beliau memohon maaf atas penutupan organisasi itu gara-gara gagal membayar hutang gaji pemain dan kos operasi yang dianggarkan kira-kira RM148,000 ($36,000).
Sebelum ini Forward Gaming telah memenangi kelayakan utama rantau Amerika Utara setelah menewaskan pasukan J.Storm menerusi kemenangan 3-1 dalam perlawanan akhir.
Mereka juga akan bermain di kejohanan The International 9 yang berlangsung di Shanghai pada pertengahan Ogos ini yang menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM123 juta.
Foto: Twitter / Epicenter