Connect with us

DOTA 2

Dota 2 : Alliance menang DOTA Summit 10, pembakar semangat ke TI9

Published

on

Twitter / Beyond The Summit

BEKAS juara The International 3, Alliance berjaya memenangi Dota Summit 10 selepas menewaskan Pain Gaming 3-0 dalam perlawanan akhir sebentar tadi.

Ini kejuaraan siri Dota Summit yang pertama sepanjang sejarah penubuhan pasukan itu.

Kemenangan itu boleh dilihat sebagai pembakar semangat buat mereka menjelang kejohanan The International 9 yang akan berlangsung di Shanghai pertengahan Ogos ini.

Alliance layak ke perlawanan akhir selepas membenam saingan Team Serenity yang dibarisi oleh dua pemain Malaysia iaitu Roddgeee dan Ahjit yang bertindak sebagai pemain gantian.

Di perlawanan akhir, mereka bertemu semula Pain Gaming yang pernah menewaskan mereka pada saingan akhir winner bracket 0-2 sebelum ini.

Dalam perlawanan Best of 5, Alliance mendominasi tiga perlawanan pertama. Mereka tidak memberi sebarang peluang dan ruang kepada Pain Gaming untuk menyusun strategi apabila Michael Vu (miCKe) kelihatan sangat aggresif sebagai pemain carry.

Sepanjang tiga perlawanan tersebut miCKe hanya mati dua kali sahaja dan itu dilihat peningkatan yang positif bagi pasukan dan diangkat sebagai pemain terbaik kejohanan.

“Ini adalah satu motivasi yang baik buat pasukan sebelum kami berangkat ke Shanghai untuk menyertai saingan yang lebih besar, iaitu The International,” kata ketua pasukan, Aydin Sarkohi (iNSaNiA) ketika ditemu ramah selepas memenangi perlawanan akhir tadi.

Alliance membawa pulang hadiah utama kira-kira RM135,993 (AS$33,000) ditambah dengan bonus kemenangan di peringkat kumpulan berjumlah RM37,000 (AS$9,000).

Lebih manis lagi, sepanjang proses pembinaan semula pasukan, DOTA Summit 10 adalah kejuaraan pertama mereka dan mereka mengharapkan akan memenangi banyak lagi trofi selepas ini.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved