Connect with us

FIFA

Syarikat hartanah IOI Property Group mahu dekati belia esports

Published

on

Dalam kejohanan Cabaran IOI Esports FIFA21 itu menyaksikan Putera Sufrie Nizam (Pvtera) muncul sebagai juara dan membawa hadiah wang tunai RM5,000.

SYARIKAT Hartanah IOI Property Group dengan jayanya telah menjalankan program Cabaran IOI Esports FIFA21 sejak 18 Oktober lalu bagi meraikan pengalaman kompetitif e-sukan yang baharu dalam kalangan komuniti.

Ketua Pegawai Jualan dan Pemasaran IOI Properties, Jason Tie berkata pihaknya yang bertindak sebagai entiti korporat itu mahu terus mempunyai penglibatan interaktif dengan belia Malaysia terutama dalam kalangan gamers.

BACA: Pemain FIFA, Luqman jadi duta e-sukan syarikat hartanah IOI Properties Group

Cabaran IOI Esports FIFA21 telah membawa kami pada satu tahap baharu dengan memperkenalkan ruang dan peluang baru untuk mencipta pengalaman luar biasa dalam kalangan komuniti.

“Umum mengetahui, kami telah membangunkan projek bandar dan memberi pengaruh dalam gaya hidup.

“Kini, kami mahu melakukan aktiviti yang berbeza untuk berinteraksi dengan golongan milenial. Kemeriahan komuniti e-sukan membantu kami untuk meneroka platform ini,”katanya dalam satu kenyataan media.

Selain itu, Jason juga mengharapkan sepanjang program dan kejohanan berlangsung peminat dan komuniti dapat berinteraksi dan berhubung dengan pemain profesional Muhamad Luqman Haziq Hajiman untuk mendapatkan panduan lanjut dalam dunia kompetitif e-sukan. 

Pada 25 Oktober yang lalu juga menyaksikan 16 pemain e-sukan merebut hadiah wang terkumpul bernilai RM10,000 dalam satu kejohanan yang diadakan menerusi program Cabaran IOI Esports FIFA21 itu.

Dalam kejohanan itu pemain kompetitif Putera Sufrie Nizam (Pvtera) muncul sebagai juara dan membawa hadiah wang tunai RM5,000.

Sementara itu, penyandang tempat kedua  Roshand Shane (saint-gucci) membawa pulang RM2500, pemenang tempat ketiga Rinie Ramli (ensmileyface) memenangi RM1000 and tempat keempat Ahmad Sharin Shaharudin (Doodledeedoo) membawa pulang RM500. 

Pemenang hadiah saguhati yang membawa pulang hadiah wang tunaiRM250 adalah Alif Fikri (Nori-Federer), Kamil Al Amini (maxnevis), Kiieshan NairA/L Regukumaran (kiieshan94), dan Alif Dani Noor Badarrudin (FourOneOne). 

Senarai pemenang Cabaran IOI Esports FIFA21 pada 25 Oktober lalu.

Cabaran IOI Esports FIFA21 dijalankan menerusi kempen IOI Properties LIVE.LIFE! yang mensasarkan komuniti belia dengan mengadakan satu ruang untuk berkongsi idea merentasi sempadan. 

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved