Connect with us

FIFA

Akmal power main game, power study dapat 4.00 flat

Published

on

Foto: Gamesbond

PEMAIN eRimau, Ahmad Akmal Abdul Rafi berjaya mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan peringkat diploma baru-baru ini.

Ahmad Akmal yang merupakan seorang pelajar diploma jurusan kejuruteraan elektrik berjaya mendapatkan keputusan 4.00 flat dalam peperiksaan semester kedua bagi tahun ini.

“Alhamdulillah, selepas beberapa bulan dalam mengimbangkan FIFA 21 dan pengajian saya, akhirnya berjaya meraih 4.00 flat.

“Terima kasih atas sokongan yang berterusan sejak beberapa bulan yang lalu. Destinasi yang seterusnya, Copenhagen!” kata Akmal dalam satu ciapan.

 

Pada awal Mei lalu, Akmal dan eRimau mendominasi Siri Global FIFAe Nations Kelayakan Asia & Oceania 2021.

Akmal juga muncul sebagai penjaring gol terbanyak dalam kejohanan itu.

Menerusi kemenangan itu, Akmal dan skuad eRimau berjaya melayakkan diri ke kejohanan utama Piala FIFAe Nations 2021 di Copenhagen, Denmark yang akan berlangsung pada 20-22 Ogos nanti.

Kejohanan FIFAe Nations 2021 menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM2 juta (AS$500,000) secara keseluruhan.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved