Connect with us

FIFA

Siapa akan menjuarai Final VBL Asia FIFA 21 ?

Published

on

KEJOHANAN Siri Virtual Bundesliga (VBL) Antarabangsa FIFA 21 bagi peringkat Asia bakal menemui penamatnya pada hari ini.

Kejohanan itu melibatkan pesaing dari Jepun, Singapura, Indonesia, India dan Malaysia serta menggunakan platfom PS4 dab mod 90.

Bagi bahagian FIFA 21, terdapat 2 peringkat saringan diadakan secara berasingan dan diadakan secara atas talian.

Malaysia dan Indonesia di dalam kumpulan saringan yang sama manakala Jepun, Singapura dan India berada dalam kumpulan saringan yang kedua.

16 pemain telah berjaya ke peringkat Final Siri VBL Antarabangsa: Asia FIFA 21 termasuk dua pemain Malaysia iaitu Muzaffar Zuhair (Chamack) dan Faid Said (Draco).

Selain FIFA 21, VBL pada tahun ini juga memperkenalkan kategori FIFA Online 4 yang melibatkan negara China, Korea, Vietnam dan Thailand. Keempat-empat negara itu akan bertanding pada 29 Mei nanti.

Anda boleh tonton kejohanan itu secara langsung di Facebook Gamesbond dan Youtube CJM sekarang.

https://www.facebook.com/GamesBond2015/videos/3999753066785419
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved