Connect with us

FIFA

MEL21: FavLain menang FIFA 21 untuk Kedah, bawa pulang RM20,000

Published

on

Foto: MEL 21 / FIFA 21

KUALA LUMPUR – “Ibu bapa selalu mendoakan kejayaan saya dalam e-sukan FIFA. Alhamdulillah doa mereka makbul.”

Itu kata pemain profesional e-sukan, Muhammad Faiz Hariry (Favlain), selepas muncul sebagai juara Grand Final Liga E-sukan Malaysia 2021 (MEL21) bagi kategori FIFA 21 pada 27 Ogos lalu.

Jelas Favlain, dia menghargai sokongan keluarga dan penajanya, Orange Esports dalam mempermudahkan urusan kerjaya e-sukannya.

“Saya amat bersyukur dengan rezeki yang Tuhan bagi kepada saya. Saya rasa saya menamatkan FIFA 21 dengan baik dan saya berharap dalam FIFA 22 nanti saya dapat mewakili Malaysia dan Asia.

“Terima kasih kepada Orange Esports kerana memberi tajaan kepada saya dan terima kasih juga kepada ibu bapa saya kerana selalu memberi kata-kata semangat dan doa untuk saya.

“Saya juga berasa bangga kerana dapat mewakili negeri saya sendiri iaitu Kedah, dalam kejohanan ini,” kata Favlain dalam satu temu bual selepas tamat perlawanan grand final.

Pada peringkat Grand Final itu, Favlain menewaskan pemain Perak, Kamil Al Amini Jamalludin Al Amini (Maxnevis) menerusi keputusan Golden Goal.

Menerusi kemenangan itu, Favlain membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000.

Favlain juga berkata dia harap kejohanan MEL21 dapat diteruskan pada masa akan datang.

Grand Final MEL21 disertai 16 pasukan yang terdiri daripada 13 negeri dan 3 Wilayah Persekutuan.

Kejohanan itu memberi peluang kepada pemain-pemain e-sukan amatur tanah air untuk bertarung dengan pemain-pemain profesional.

Ia juga merupakan sebahagian daripada Pelan Rangka Tindakan Esukan Kebangsaan KBS dan melalui inisiatif Esports Integrated (ESI).

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved