Connect with us

FIFA

Ahmad Akmal penjaring gol terbanyak FIFAe Nations Asia dan Oceania 2021

Ahmad Akmal catat sejarah tersendiri apabila menjaringkan 28 gol dalam FIFAe Nations Asia & Oceania yang berlangsung pada 29 April- 1 Mei 2021.

Published

on

Foto: Gamesbond

PEMAIN e-sukan FIFA 21 tanah air, Ahmad Akmal Abdul Rafil mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi penjaring gol terbanyak dalam Kejohanan Siri Global FIFAe Nations Kelayakan Asia & Oceania 2021 yang lalu.

Menurut FIFAe, Ahmad Akmal berjaya menjaringkan 28 gol dalam sepanjang kejohanan e-sukan itu berlangsung.

Gol terbanyak yang dijaringkan Ahmad Akmal adalah ketika menentang pemain Korea Selatan, Dokdok. Dalam pusingan itu, Ahmad Akmal menjaringkan 10 gol.

Ahmad Akmal merupakan antara skuad eRimau Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Dalam kejohanan kelayakan itu, Ahmad Akmal bermain untuk kategori Playstation, manakala rakan sepasukannya, Muhamad Luqman Haziq Hajiman bermain untuk kategori Xbox.

BACA: Malaysia dominasi Kumpulan A FIFAe Nations Asia & Oceania

Berikut adalah keputusan perlawanan skuad eRimau Malaysia dalam sepanjang Kejohanan Siri FIFAe Nations Kelayakan Asia dan Oceania pada 29 April – 1 Mei lalu:

Peringkat Kumpulan A
Pusingan 1 – 29 April 2021, 2.00pm
Malaysia vs New Zealand
(PS) AkmalJHD 6 – 1 DW JMKing
(Xbox) LuqmanHzq 5 – 1 Bainesy

Pusingan 2– 29 April 2021, 3.00pm
Malaysia vs Filipina
AkmalJHD 0 – 4 Pitchblack_6969
LuqmanHzq 5 – 2 Rellyclips

Pusingan 3 – 29 April 2021, 4.00pm
Malaysia vs Jepun
AkmalJHD 4 – 2 Sz Jay
LuqmanHzq 4 – 3 Agu

Pusingan 4 – 30 April 2021, 4.00pm
Malaysia vs Australia
AkmalJHD 3 – 3 Wave Marko
LuqmanHzq 3 – 2 Wave Gomes

Semi Final 30 April
Malaysia vs Indonesia

AkmalJHD 1 – 2 Zeuschanks
LuqmanHzq 3 – 3 Fahmihussain21

Peringkat Peluang Kedua (Semi Final) – 1 Mei
Malaysia vs Australia
AkmalJHD 4 – 1 Wave Marko
LuqmanHzq 2 -1 Wave Gomes

Peringkat Peluang Kedua (Final)– 1 Mei
Malaysia vs Korea Selatan
AkmalJHD 10 – 2 Dokdok
LuqmanHzq 2 – 0 Serry7

Selepas beberapa hari peringkat kelayakan berlangsung, duo itu berjaya mara ke kejohanan utama Piala FIFAe Nations 2021 di Copenhagen, Denmark yang akan berlangsung pada 20-22 Ogos nanti.

Kejohanan FIFAe Nations 2021 menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM2 juta (AS$500,000) secara keseluruhan.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved