Connect with us

FIFA

FIFA 21: eRimau kedua terbaik dunia dalam ranking FIFAe Nations

Muhamad Luqman Haziq Hajiman dan Ahmad Akmal Abdul Rafil berjaya mengharumkan nama Malaysia menerusi e-sukan.

Published

on

Foto: Gamesbond

SKUAD eRimau Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kini berada di kedudukan kedua terbaik dunia bagi Ranking FIFAe Nations 2021 ketika ini.

Menurut sistem Ranking FIFAe Nations itu, skuad Malaysia berada di ranking kedua dengan catatan 664.29 mata ketika ini.

Ia sekali gus menjadikan skuad eRimau terbaik bagi rantau Asia dan Oceania ketika ini.

Sementara itu, pasukan Brazil kini mendahului ranking dengan catatan 720 mata.

Foto: Fifa.gg

Pada minggu lalu, skuad eRimau yang terdiri daripada Muhamad Luqman Haziq Hajiman dan Ahmad Akmal Abdul Rafil beraksi dalam Siri FIFAe Nations untuk Kelayakan Online Asia dan Oceania 2021.

Luqman bermain untuk kategori Xbox, manakala Ahmad Akmal bagi bermain bagi kategori Playstation dalam kejohananitu.

Selepas beberapa hari peringkat kelayakan berlangsung, duo itu berjaya mara ke kejohanan utama Piala FIFAe Nations 2021 di Copenhagen, Denmark yang akan berlangsung pada 20-22 Ogos nanti.

BACA: Malaysia dominasi Kumpulan A FIFAe Nations Asia & Oceania

Berikut adalah keputusan perlawanan skuad eRimau Malaysia dalam sepanjang Kejohanan Siri FIFAe Nations Kelayakan Asia dan Oceania pada 29 April – 1 Mei lalu:

Peringkat Kumpulan A
Pusingan 1 – 29 April 2021, 2.00pm
Malaysia vs New Zealand
(PS) AkmalJHD 6 – 1 DW JMKing
(Xbox) LuqmanHzq 5 – 1 Bainesy

Pusingan 2– 29 April 2021, 3.00pm
Malaysia vs Filipina
AkmalJHD 0 – 4 Pitchblack_6969
LuqmanHzq 5 – 2 Rellyclips

Pusingan 3 – 29 April 2021, 4.00pm
Malaysia vs Jepun
AkmalJHD 4 – 2 Sz Jay
LuqmanHzq 4 – 3 Agu

Pusingan 4 – 30 April 2021, 4.00pm
Malaysia vs Australia
AkmalJHD 3 – 3 Wave Marko
LuqmanHzq 3 – 2 Wave Gomes

Semi Final 30 April
Malaysia vs Indonesia

AkmalJHD 1 – 2 Zeuschanks
LuqmanHzq 3 – 3 Fahmihussain21

Peringkat Peluang Kedua (Semi Final) – 1 Mei
Malaysia vs Australia
AkmalJHD 4 – 1 Wave Marko
LuqmanHzq 2 -1 Wave Gomes

Peringkat Peluang Kedua (Final)– 1 Mei
Malaysia vs Korea Selatan
AkmalJHD 10 – 2 Dokdok
LuqmanHzq 2 – 0 Serry7

Kejohanan FIFAe Nations 2021 menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM2 juta (AS$500,000) secara keseluruhan.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved