FIFA
FIFA22: GBX Esports mara ke Divisyen 1 Kelayakan Asia

KUALA LUMPUR – Kesemua pemain gergasi FIFA Malaysia, GBX Esports berjaya mara ke peringkat Divisyen 1 Siri Kelab FIFAe Online 2022.
Pada semalam, dua pemainnya Muzaffar Zuhair (Chamack) dan Imran Deen berjaya mara ke peringkat Grand Final Divisyen 2 kejohanan itu, walaupun tewas 2-5 kepada pasukan senegara Prodigy Gaming.
Menurut pengurus GBX, Aris Danial, dua pasukannya akan berentap dalam kelompok Divisyen 1 untuk minggu kedua Siri Kelab FIFAe Online 2022 pada 24 dan 25 Februari nanti.
Selain Chamack dan Imran Deen, GBX Esports terdiri daripada dua pemain yang sangat berpengalaman iaitu Muhamad Luqman Haziq Hajiman (Luqman) dan Ahmad Akmal Abdul Rafi (Akmal).