Connect with us

FIFA

FAM perkenal skuad eRimau, sertai Siri FIFAe Nations

Published

on

Skuad e-Rimau yang akan bermain dalam FIFAe Nations adalah Ahmad Akmal Abdul Rafil (kiri) dan Muhamad Luqman Haziq Hajiman (Luqmanhzq) - Foto: FAM

PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) telah mengumumkan satu penubuhan skuad e-sukan bola sepak pada Jumaat.

Menurut FAM, skuad yang dikenali sebagai e-Rimau itu akan mnyertai Siri FIFAe Nations untuk Kelayakan Online Asia dan Oceania pada 29 April sehingga 1 Mei 2021 nanti.

“FAM berbangga berpeluang menyertai ePertandingan berprestij yang dianjurkan oleh FIFAe,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

FAM berkata dua pemain kebangsaan yang akan ke kejohanan itu, iaitu:

  • Muhamad Luqman Haziq Hajiman (Luqmanhzq) – Kategori Xbox
  • Ahmad Akmal Abdul Rafil (Akmaljhd) – Kategori PlayStation
Foto: FIFAe

Siri FIFAe Nations untuk Kelayakan Online Asia dan Oceania 2021 merupakan kejohanan rasmi dari badan bolasepak dunia iaitu FIFA dan menggunakan format 2v2.

5 pemain terbaik dari kejohanan ini akan menerima slot untuk bertanding di kejohanan utama iaitu FIFAe Nations Cup 2021 dijangka berlangsung pada 20-22 Ogos di Copenhagen, Denmark.

Kejohanan itu juga menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM2 juta (AS$500,000) secara keseluruhan.

Bagi peringkat Asia dan Oceania ia disertai 10 negara iaitu China, Indonesia, Malaysia, Singapura, Australia, Hong Kong, Jepun, Korea Selatan, New Zealand dan Filipina.

Skuad Harimau Malaya ketika ini diletakkan dalam Kumpulan A bersama New Zealand, Filipina, Jepun dan Australia.

Berikut adalah jadual perlawanan yang melibatkan pasukan kebangsaan:

Pusingan 1
Malaysia vs New Zealand
29 April 2021, 2.00pm

Pusingan 2
Malaysia vs Filipina
29 April 2021, 3.00pm

Pusingan 3
Malaysia vs Jepun
29 April 2021, 4.00pm

Pusingan 4
Malaysia vs Australia
30 April 2021, 4.00pm

Perlawanan-perlawanan Siri FIFAe Nations untuk Kelayakan Online Asia dan Oceania boleh ditonton menerusi Twitch EASPORTSFIFA.

Jangan lupa berikan sokongan anda kepada skuad e-Rimau tanah air!

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved