Connect with us

FIFA

Favlain Orange Esports pertahan kejuaraan, menang eMFL dua musim berturut-turut

Published

on

Foto: Facebook / eMFL

KUALA LUMPUR – Pemain e-sukan FIFA 21 profesional dari Orange Esports, M Faiz Hariry (Favlain) berjaya mempertahankan kejuaraannya dalam Kejohanan unifi eMFL Liga Super 2021.

Favlain yang mewakili Sabah FC dalam kejohanan unifi eMFL musim kali ini menang agregat 4-2 ketika bertemu dengan wakil Johor Darul Ta’zim Rinie Ramlie (Si Jali) pada grand final.

Menerusi kemenangan itu, Favlain dipilih untuk mewakili Malaysia ke Kejohanan Siri Global FIFA EA Esports peringkat Playoff Asia Timur 2021.

Dia juga akan membawa hadiah wang tunai bernilai RM20,000 secara keseluruhan sebagai pemenang tempat pertama grand final kejohanan itu (habuan RM13,00) dan pemenang peringkat liga (habuan RM7,000).

“Saya bersyukur kepada Allah kerana diberi rezeki melimpah ruah. Saya rasa semua pemain yang menyertai eMFL adalah yang terbaik di Malaysia.

“Sejak permulaan kejohanan lagi, kita tidak akan tahu siapa yang akan menjadi juara kerana semua mempunyai kekuatan tersendiri.

“Semua telah melakukan yang terbaik untuk kejohanan ini dan mungkin rezeki bukan untuk pemain lain. Saya bersyukur kerana dapat mewakili Malaysia di playoff (Asia Timur) nanti,” katanya dalam satu temu bual selepas tamat kejohanan itu.

Sebelum ini, Favlain muncul sebagai penyandang tempat pertama di peringkat musim liga dengan kutipan 42 mata.

Dia juga pernah muncul sebagai juara TM ePiala Malaysia 2020.

eMFL Liga Super 2021 yang bermula pada April lalu disertai 12 pemain FIFA 21 terbaik Malaysia.

Ia menawarkan hadiah wang terkumpul sebanyak RM50,000.

Kejohanan itu dibawakan oleh NIVEA MEN, LG Ultra Gear dan Blckbox.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved