Connect with us

FIFA

Dari FO3 ke FIFA 21, P3rlis tunjuk potensi tinggi

Published

on

Foto: Facebook / eMFL

KUALA LUMPUR – Pemain profesional e-sukan dari pasukan Orange Esports, Wan Muhammad Hakim (P3rlis) menunjukkan satu skil serba boleh apabila memberikan satu saingan kompetitif yang baik dalam FIFA 21 meski sebelum ini bermain dalam FIFA Online 3.

Selepas pelayan FIFA online 3 ditutup pada 31 Januari 2020, P3rlis, dilihat semakin aktif dalam dunia konsol FIFA 21.

Baru-baru ini, P3rlis dipilih untuk mewakili Kuala Lumpur City FC dalam kejohanan unifi eMFL Liga Super 2021.

Pada hari kedua kejohanan unifi eMFL Liga Super 2021, P3rlis berjaya mengalahkan pemain FIFA 21 nombor 1 Malaysia, Muhamad Luqman Haziq Hajiman dengan rekod 3-0.

P3rlis juga pernah mewakili Malaysia ke Kejohanan FIFAe Nations Stay and Play Cup bergandingan bersama-sama dengan bintang bola sepak negara, Safawi Rasid.

Menurut Pengurus Operasi Orange Esports, Kelvin Pang, P3rlis juga akan menyertai kelayakan untuk mewakili Malaysia ke Temasya Sukan SEA 2021 akan datang.

“Selepas eMFL tamat, P3rlis dan rakan sepasukannya Faiz Hariry (FavLain) akan kembali ke FIFA Online 4 untuk menyertai kelayakan ke Sukan SEA 2021,” kata Kelvin kepada WTM Today baru-baru ini.

Sementara itu, rakan sepasukan P3rlis, Favlain yang juga merupakan pemain Orang Esports mendominasi ranking unifi eMFL Liga Super 2021 ketika ini dengan kutipan 9 mata secara keseluruhan ketika ini.

Favlain yang merupakan juara bertahan, berjaya melonjak ke tangga pertama selepas berjaya menewaskan LuqmanHzq (UiTM FC) dan Roshand (Terengganu FC) di pusingan ke-3 dan 4 yang berlangsung pada Rabu lalu.

Pada kejohanan eMFL Liga Super kali ini, Favlain mewakili Sabah FC.

Ranking penuh eMFL Liga Super 2021 setakat 22 April 2021.

eMFL Liga Super 2021 yang telah bermula 20 April lalu disertai 12 pemain FIFA 21 terbaik Malaysia.

Ia menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM50,000.

Hanya lapan pemain terbaik di peringkat liga akan mara ke Grand Final eMFL Liga Super 2021.

Juara akan membawa pulang hadiah wang tunai RM7,000 dan akan menerima slot untuk bersaing di Kejohanan Siri Global FIFA EA Esports peringkat Playoff Asia Timur 2021.

Saksikan siaran langsung unifi eMFL Liga Super 2021 pada malam ini jam 10PM di Facebook MFL, eMFL dan Gamesbond.

eMFL Liga Super 2021 dibawakan oleh NIVEA MEN, LG Ultra Gear dan Blckbox.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved