Connect with us

FIFA

Luqman, UiTM FC dahului eMFL Liga Super 2021

Published

on

Foto: Facebook/eMFL

KUALA LUMPUR – Pemain nombor 1 FIFA 21 Malaysia, Muhamad Luqman Haziq Hajiman mendahului ranking eMFL Liga Super 2021 ketika ini.

Luqman yang mewakili UiTM FC menang dua perlawanan menentang Si Jali (JDT) 2-0 dan Syumaijing (Kedah Darul Aman FC ) 1-0 pada semalam.

Menerusi dua kemenangan berturut-turut itu, Luqman kini berada di kedudukan pertama dengan kutipan enam mata secara keseluruhan. 

Ranking terkini eMFL. – Foto FB/eMFL

eMFL Liga Super 2021 yang telah mula berlangsung pada malam semalam disertai 12 pemain FIFA 21 terbaik Malaysia.

eMFL Liga Super 2021 yang menawarkan hadiah wang terkumpul RM50,000 akan berlangsung dalam dua peringkat iaitu liga dan Grand Final.

Hanya lapan pemain terbaik di peringkat liga akan mara ke Grand Final eMFL Liga Super 2021.

Juara akan membawa pulang hadiah wang tunai RM7,000 dan akan menerima slot untuk bersaing di Kejohanan Siri Global FIFA EA Esports peringkat Playoff Asia Timur 2021.

Saksikan siaran langsung unifi eMFL Liga Super 2021 pada malam ini jam 10PM di Facebook MFL, eMFL dan Gamesbond.

eMFL Liga Super 2021 dibawakan oleh NIVEA MEN, LG Ultra Gear dan Blckbox.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved