Connect with us

FIFA

FIFA 21: “Luck Man” juara kelayakan Asia Timur, catat rekod tanpa kalah!

Published

on

Foto: Twitch/EASports FIFA

PEMAIN nombor 1 FIFA 21 Malaysia, Muhamad Luqman Haziq Hajiman dari GBX Esports Team berjaya merangkul kejuaraan Kejohanan Siri Global FIFA Kelayakan Asia Timur 2021 dengan penuh bergaya tanpa sebarang kekalahan.

Luqman dinobatkan sebagai juara kelayakan itu selepas menumpaskan pemain Singapura, Fardeen Hussain (Buzzinho) 3 – 2 pada peringkat grand final semalam.

Foto: Twitch/EASports FIFA

Menerusi kemenangan itu, Luqman secara automatik akan melayakkan diri ke Playoff Kejohanan Siri Global FIFA Kelayakan Asia Timur yang dijangkan berlangsung Jun nanti.

“Sasaran saya pada awalnya adalah mencapai sekurang-kurangnya tempat ketiga untuk memperbaiki kedudukan saya dalam carta Siri Global FIFA.

“Alhamdulillah, berkat kesungguhan dan sokongan dari pasukan saya, saya mampu menjadi juara keseluruhan dan menjadi pemain tunggal yang tidak pernah dikalahkan di dalam satu kejohanan,” kata Luqman dalam satu kenyataan media hari ini.

Kemenangan Luqman itu juga melonjakkan kedudukannya ke ranking pertama terbaik di Malaysia bagi carta Siri Global FIFA.

Laluan Luqman sememangnya sukar kerana dia sebelum ini diundi bertemu pemain terbaik Asia Timur dari Indonesia iaitu Eggsy dari pasukan RRQ di peringkat saringan disamping pemain dari Jepun.

Selepas berjayamengharungi sesi saringan, Luqman meneruskan perjalanan bertemu pemain dari Singapura dan 2 pemain dari Jepun.

GBX Esports Team merupakan satu kerjasama antara organisasi e-sukan FIFA tanah air, Gamesbond dan pasukan e-sukan popular tanah air Team Bosskurr.

Pasukan itu juga mendapat sokongan dan tajaan dari Unifi, BenQ dan Occasin.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved